Persahabatan unik ini terjalin pada musim gugur tahun 2005 di Tokyo Mutsugoro Animal Kingdom. Cerita bermula apabila seekor ular kecil bernama Ao-chan, yang dulunya selalu diberikan tikus beku sebagai makanan utamanya, tiba-tiba kehilangan nafsu makan dan menolak untuk makan.
Pengelola tempat itu kemudian berfikir untuk memberikan tikus hidup bagi meningkatkan nafsu makan Ao-chan. Kedai haiwan yang berada di tempat itu kebetulan sedang kehabisan tikus, sehingga akhirnya dia membelikan Ao-chan seekor hamster.
Ajaibnya, bukannya dimakan, ular dan hamster itu malah kelihatan sangat akrab. Binatang pengerat berbulu itu kelihatan asyik bermain di sekitar Ao-chan. Ular kecil juga tak menunjukkan tanda bahawa dia berminat untuk memakan makanannya.
Pasangan aneh ini pun menjadi salah satu daya tarik utama di Animal Kingdom dan beberapa kakitangan menamakan hamster kecil itu dengan sebutan "Gohan" (bererti nasi, atau makanan).
Malangnya, cerita persahabatan ini tidak berakhir dengan bahagia. Tokyo Mutsugoro Animal Kingdom dikecam atas tindakannya yang dengan sengaja mengarang cerita persahabatan aneh itu untuk tujuan komersil. Reaksi masyarakat yang negatif membuat pengelola tempat itu akhirnya memindahkan Gohan ke kandang berasingan.
Beberapa berpendapat bahawa ular mengurangkan aktivitinya dan tidak makan binatang hidup ketika cuaca semakin sejuk, kerana dia akan mula bersiap untuk hibernasi sepanjang musim sejuk. Itulah sebab mengapa Gohan tidak dimakan oleh Ao-chan.
Tokyo Mutsugoro Animal Kingdom dilaporkan muflis pada bulan November 2006, dan kemudian ditutup setahun kemudian. Kami pun tidak tahu di mana Gohan dan Ao-chan kini berada.
No comments:
Post a Comment