Cerita 1
Tahukah anda dari manakah asal usul permainan bola sepak ini? Terdapat pelbagai versi yang kita pernah dengar seperti dari negara China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok. Ada pula yang menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka. Ada pula menyatakan dari Tanah Arab iaitu selepas terjadinya Peristiwa Karbala yang mana Sayidina Huseein r.a., cucu Rasulullah SAW telah syahid dipenggal kepalanya. Di sini, ingin difokuskan kepada sejarah Peristiwa Karbala ini sebab ia berkait rapat dengan umat Islam itu sendiri.
Sebelum itu, mari kita telusuri Peristiwa Karbala itu secara ringkas di sini:
Apabila Mu’wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu’awiyyah r.h telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam. Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru. Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid. Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar pandangan mereka. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina Hussain tersebut. Mari kita lihat beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap Saidina Hussain.
‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.” – (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 208.)
‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:
“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq. – (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 209)
‘Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta ‘Amru bin Sa’id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke Kufah.
Sahabat yang terkemuka serta keluarga saidina Hussin menghalangnya dari berangkat ke Kufah kerana beberapa sebab. Antaranya
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam secara sah.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir[penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.
Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut
3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.
4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah Yazid.
Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah. Kenapa agaknya Saidina Hussain tetap berkeras untuk ke Kufah? Jawapan Saidina Hussain adalah seperti berikut:
Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270)
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270)
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah. Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam bidang politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Harus kita semua fahami bahawa arahan dari Yazid hanyalah untuk memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah tersebut dan tindakan hanya perlu diambil sekiranya mereka terlebih dahulu memulakan serangan.
Oleh itu siapa sebenarnya yang membunuh Saidina Hussain?
Ubaidillah bin Hussain sebenarnya mematuhi arahan Yazid dan tidak melancarkan serangan tersebut. Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid. Ini jelas menunjukkan bahawa Saidina Hussain telah meninggalkan niat asalnya untuk memberontak terhadap Yazid dan telah pun menunjukkan kesediannya untuk membai’ah Yazid. Golongan Syi’ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Sekiranya Hussain berada di pihak Yazid maka sudah pasti mereka akan dihancurkan oleh tentera Islam. Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala. Menurut Mulla Baqir Majlisi:
Sejarah memaparkan bahawa dialah (iaitu Syits bin Rab’ie seorang Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 37. (artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.)
Berbalik kepada tajuk kita tadi “Asal Usul Permainan Bola Sepak”. Apa kaitannya dengan peristiwa di atas? Telah diriwayatkan bahawa setelah kepala Sayidina Hussain r.a dipenggal, maka musuh-musuhnya telah saling menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini. Sekiranya ini benar, apakah wajar kita sebagai umat Islam yang selama ini menyatakan kecintaan kepada Rasululllah SAW dan ahli keluarga baginda untuk terus menyerupai tindakan musuh-musuh Allah ini dengan bermain bola sepak atau menyokongnya? Bukankah ada hadis yang menyebut :” Barangsiapa meniru sesuatu kaum, dia dikira daripada kaum itu?” Adakah kita tidak sensitif dengan hal ini? Adakah kita mahu terus jahil atau buat-buat jahil tentang perkara yang sangat menghinakan Rasulullah SAW dan ahlul bait baginda?
Selain itu, jika dilihat di sudut lain pula, keburukan bermain bola sepak ini lebih banyak berbanding dengan kebaikannya. Dari sudut pakaiannya, kebanyakan pemain bola sepak memakai seluar pendek yang mendedahkan aurat lelaki. Bukan sahaja pemainya yang mendapat dosa tetapi penontonnya juga mendapat dosa kerana memandang aurat. Ulama-ulama terdahulu telah bersidang mengenai ini dan telah bersepakat:
Adapun pemain olahraga yang hanya mengenakan seluar pendek sehingga terlihat paha atau sebahagian besar auratnya, maka hal itu tidak boleh. Dan yang benar adalah wajib bagi para pemuda (pemain) adalah menutup
aurat mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang terbuka pahanya (auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul Qayyim, Damman. Telah keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Alilmiah wa Ifta’ di Arab.
aurat mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang terbuka pahanya (auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul Qayyim, Damman. Telah keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Alilmiah wa Ifta’ di Arab.
Di sudut lain pula, permainan bola sepak ini mengambil masa yang lama dan para ulama juga telah mengeluarkan fatwa berkenaan ini. Contohnya,disebutkan disini adalah bahawa (bola sepak) telah dikenali di dalam kitab-kitab para ulama kita terdahulu, dengan nama-nama yang berbagai-bagai di dalam kitab-kitab bahasa mereka seperti Al Kujjah, Al Buksah, Al Khazafah, At Tun, Al Ajurrah, Ash Shaulajan dan Al Kurrah (lihat Al Qamusul Muhith dan Lisanul Arab)). Syaikh Muhammad Sholeh Utsaimin rahimullah lebih memperincikan lagi hukum yang berkaitan dengan latihan sepak bola, beliau berkata : “Latihan olahraga itu boleh melalaikan kewajipan, maka olahraga tersebut adalah haram. Apabila seseorang mempunyai kebiasaan menghabiskan sebagian besar waktunya di dalam olahraga, maka sesungguhnya dia telah mensia-siakan waktu”.
Bagi segolongan peminat fanatik bola sepak, mereka sanggup menunggu berjam-jam di luar stadium semata-mata untuk menonton permainan bola sepak kegemaran mereka, sehingga cuai untuk solat yang sememangnya menjadi kewajipan mereka kepada Allah SWT.
Dari sudut lain pula, permainan ini diasaskan oleh orang kafir, maka tidak wajarlah bagi orang-orang Islam untuk sama-sama bersekongkol dengan permainan yang memang unik dengan identiti mereka sebagai orang kafir. Berkenaan ini ada disebut:
Sikap meniru orang-orang kafir yang didalam bahasa syar’i-nya adalah tasyabbuh. Berikut adalah penjelasan mengenai tasyabbuh yang diambil dari “Man Tasyabbaha biqaumin Fahuwa Minhum karya Dr. Nashir Abdul Karim Al Aqli penerbit Darul Wathan – Riyadh edisi bahasa Indonesia Tasyabbuh Sikap Meniru Kaum Kafir penterjemah Aboe Hawary penerbit Pustaka Mantiq Solo Cetakan 1 Agustus 1992″ hal 17
“Tasyabbuh yang dilarang dalam Al Qur’an dan As Sunnah secara syar’i adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya baik dalam aqidah, peribadatan ,kebudayaan, olahraga, sukan atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka (kaum kafir).
“Tasyabbuh yang dilarang dalam Al Qur’an dan As Sunnah secara syar’i adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya baik dalam aqidah, peribadatan ,kebudayaan, olahraga, sukan atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka (kaum kafir).
Selain itu, percampuran bebas di stadium bola sepak antara lelaki dan perempuan juga sememangnya haram. Ini tidak dapat dinafikan terjadi di mana-mana stadium bola sepak ketika permainan bola sepak berlangsung. Di samping itu, kita juga tahu bahawa kebanyakan kelab-kelab bola sepak ini kebanyakkannya dimiliki Yahudi dan musuh-musuh Islam. Jadi, dengan membeli tiket dan barang-barang atau produk kelab peminat bola sepak ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada musuh-musuh Islam ini. Sekiranya kita ditanya di Akhirat nanti, ke manakah kita gunakan nikmat pemberian Allah SWT ketika di dunia, apakah jawapan kita hendak beri? Renung-renungkanlah! Sesungguhnya permainan bola sepak ini termasuk agenda musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi dalam melalaikan umat Islam dengan hiburan dan dunia, agar itulah menjadi kegilaan umat Islam, dan terus meninggalkan perjuangan Islam yang sebenar . Maka mudahlah mereka mencatur dunia apabila umat Islam telah lalai dengan dunia.
Berkata seorang Rijalullah: ” Tidak layak seseorang itu menjadi pejuang Islam tapi pada masa sama masih bermain atau menyokong bola sepak, kecuali dia bertaubat”.
Banyak lagi olahraga lain di dalam dunia, bahkan Islam juga ada sukannya yang tersendiri. Mengapa kita masih hendak mempertahankan sesuatu yang tidak menguntungkan kita sedikit pun?
Cerita 2
Menurut Bill Muray, pakar sejarah bola sepak, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, bola sepak sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.
Bola sepak juga disebut-sebut berasal dari daratan Cina. Pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah bermain permainan bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai maksud “menerajang bola dengan kaki”. Sedangkan chu, bererti “bola dari kulit dan ada isinya”. Mereka bermain bola yang diperbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan mengheretnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.
Menurut orang-orang Jepun Sejak abad ke-8, konon masyarakatnya sudah kenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya diperbuat dari kulit kijang berisi udara.
Yang menarik, ada legenda pada abad pertengahan. Konon saat itu, seluruh desa mengikuti satu permainan bola. Bola yang dibuat dari tengkorak, ditendang satu diantara warga ke arah orang-orang kampung. Kemudian, si penerima bola di kampung itu, diteruskan ditendang ke kampung lain.
Cerita 3
Bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai “football” Amerika) sudah ada sekian lama.Ia nya betul-betul lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum,bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts’in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an.
Bola sepak modern lahir pada pertengahan abad ke 19 di england.Akan tetapi, F.I.F.A.(Federation of International Football Association) pada tahun 2004 sudah secara rasmi mengakui bahawa bola sepak paling awal sekali berasal dari Tiongkok, ketika itu ia disebut Cu Ju (baca: Ju Cü). Permainan bola sepak tertua ini, bermula dari 2400 tahun yang lalu pada masa Chun Qiu Zhan Guo ( Musim gugur negara-negara berperang) dan telah melewati silih pergantian dinasti dan dalam jangka waktu lama tidak surut. Yang lebih penting lagi ialah, orang Tiongkok kuno ternyata sudah lama bermain bola sepak ini untuk mengukuhkan semangat dan etika mereka.
Di Yunani bermain bola sepak diperkenalkan 800 tahun sebelum Masihi dengan nama episkyro dan harpastron. Pasukan Rome yang menyerbu Yunani tahun 146 sebelum Masihi kemudian mengambil permainan ini dan menyebarkannya dikawasan penaklukan wilayah-wilayah nya di Eropah. Kaisar Rome Julius Caesar tercatat sebagai penggemar harpastrum. Ia menggunakan permainan ini sebagai ujian bagi melatih fizikal pasukan tenteranya. Di Rome, terdapat kawasan harpastrum menyebabkan ia lebih sesuai dimainkan oleh penduduk ketika itu.
Orang Eropah mulai mengenal bola sepak pada sekitar abad 8. Sama seperti di Rome, permainan bola di eropah jauh lebih brutal. Bermain di lapangan yang luas berjarak 3-4 kilometer. Raja Edward II pernah menyebut sepak bola sebagai “permainan setan yang dibenci Tuhan.” Ia melarang rakyatnya melakukan aktiviti ini pada April 1314, terutama untuk kalangan ningrat.bola sepak dianggap kejam kerana menggunakan tengkorak manusia sebagai bola…
Cerita 4
Sejarah tentang asal-usul bolasepak boleh dikatakan pelbagai. Asalkan di mana ada manusia, ada kaki, di situlah mungkin bermulanya bola sepak, ada pendapat yg mengatakan ia bermula di China, Jepun juga ada versi bolasepaknya tersendiri, tanah Melayu juga ada versi permainan bola tersendiri, menggunakan bola raga yg diperbuat daripada rotan yg dianyam.
Ada setengah pihak mengaitkan sejarah bola sepak dengan perang karbala di mana cucu Rasulullah dibunuh lalu dipancung kepala dan dijadikan sebagai bola sepak tendang. Tetapi tidak ada bukti utk menunjukkan bolasepak yg kita kenal sekarang bermula dari peristiwa itu. Seperti saya katakan tadi, asalkan ada org, ada kaki, maka di situ mungkin ada permainan di kalangan org muda menyepak atau menendang bola. Bagaimanapun, bolasepak moden yg kita kenali sekarang dikatakan bermula di England. Ada dua peraturan yg digunapakai pada masa itu menyebabkan ia terbahagi kepada dua cara bermain iaitu football dan rugby yg ada hingga sekarang.
Bolasepak bukan lagi sekadar permainan masyarakat, atau sekadar tradisi setempat semata-mata. Bolasepak adalah satu perniagaan yg sangat menguntungkan. Berapa ramai manusia yg mendapat rezeki hasil daripada industri bolasepak.
Dari satu perspektif, bolasepak bukan lagi sejenis sukan semata-mata, tetapi satu agama atau cara hidup baru. Ramai manusia sekarang menganut agama bola. Pertama, FIFA berfungsi seolah sebagai satu sistem khalifah menetapkan hukum dalam permainan bolasepak, menghimpunkan seluruh pasukan bolasepak bernaung di bawah satu sistem. Memastikan semua aktiviti bolasepak di negara2 bawah naungannya berjalan berdasarkan proses dan prosedur yg telah ditetapkan sistem khalifah “FIFA”.
Kedua, berita atau informasi tentang bolasepak muncul di mana2 saja di seluruh dunia tanpa kita perlu susah payah mencarinya. Buka radio saja cerita tentang bola, buka TV saja penuh iklan tentang bola, banyak syarikat seperti Celcom mengambil kesempatan membuat untung daripada bolasepak menawarkan pelbagai pakej menarik dan istimewa sempena dan utk peminat bolasepak.
Contohnya Astro menawarkan pakej siaran bolasepak dalam high definition, buka suratkhabar pun berita depan pasti terselit tentang keputusan bola sepak, iklan-iklan besar di merata tempat tentang bolasepak. Begitu juga jualan TV plasma, LCD meningkat semata-mata kerana hendak menonton bolasepak dalam high definition. Apabila pergi ke kedai makan, manusia datang berkumpul dengan memakai jersi dari rumah masing2 semata-mata utk menonton bolasepak di layar besar, beramai-ramai menyokong dan bersorak utk pasukan bolasepak kegemaran mereka.
Dalam erti kata lain, bolasepak ada di mana-mana saja tanpa perlu kita bersusah payah. Seolah tidak ada satu inci pun tanah di muka bumi yg terlepas dari ideologi bolasepak. Ada satu jenis manusia lebih prihatin tentang nama-nama pemain bola dan nama negara asal mereka, berbanding isu berbangkit tentang Islam yg sudah tidak difahami melainkan apa yg golongan ustaz / lebai ajar mereka di sekolah atau surau. Keluar saja dari sekolah dan surau, agama itu cuma tinggal sejadah dan kain pelikat. Agama cuma pada nama. Dan agama yg mereka nampak cuma perkelahian di antara ahli-ahli yg mengaku arif tentang agama. Isu agama sama seperti isu politik ditolak jauh2 oleh generasi muda, lebih baik menonton bolasepak.
Ketiga, berbilion manusia di seluruh dunia yg mendukung ideologi bolasepak dari pelbagai kaum, agama dan bangsa. Malah, kalau anda dilahirkan sebagai bangsa Malaysia sekalipun tidak menjadi kesalahan jika terang2 menyokong negara lain seperti Portugal, England, Holland,Greece dsb. Kadang-kadang, yg bersorak tempik demi negara lain, mungkin sudah lupa, susah payah anda setia dengan pasukan kegemaran anda itu tidak dihargai pun, malah mereka pun tidak tahu anda wujud, melainkan pihak2 tertentu mengambil untung, membuat duit daripada kejahilan peminat bola sepak yg lupa diri, lupa asal usul.
Kemudian wujud pelbagai aliran dan mazhab dari segi corak permainan bolasepak. Corak permainan Brazil dikatakan cantik seperti tarian, Belanda dengan konsep “total football”, Germany sangat teknikal, Jepun mempunyai pemain yg mahir ketika freekick utk mendapatkan gol, ada juga pasukan yg skillnya tidaklah unik sangat tetapi bermain dengan “semangat”. Dan ada pelbagai lagi corak permainan yg digunakan oleh pasukan2 bola dalam Piala Dunia, demi utk mencapai matlamat yg satu, iaitu mencapai kemenangan. Semua orang berhak utk menyokong mana2 pasukan bolasepak yg berbagai corak permainan. Persis seperti pengikut mazhab. Ikutlah mana2 yg dirasa paling menghampiri kebenaran asalkan tidak menjatuhkan pengikut mazhab lain. Semua “mazhab dan aliran” corak permainan dari tempat / negara mana pun akan diterima asalkan ia masih dalam lingkungan hukum yg ditetapkan oleh FIFA. Inilah dinamakan tauhid dalam ideologi bolasepak. Gunalah apa carapun asalkan mencapai matlamat bolasepak FIFA selagi tidak melampaui batas. Of course dalam ramai2 tu adalah sebilangan yg fanatik sampai bertindak keterlaluan guna kekerasan. Ada “pengikut mazhab” yg tak open minded, orang lain semua salah dan tak boleh menang kecuali pasukan dia.
Sekadar gurau (mungkin sindiran) sahaja, mungkin satu hari nanti permainan bola sepak sudah jauh dari matlamat berbolasepak yg sebenar, banyak tipu, trick dan bohong atas nama bolasepak oleh “ulama bola”, maka akan ada gerakan2 di seluruh dunia mengajak supaya bola sepak dan pendukungnya kembali kepada bolasepak sebenar dengan merujuk kembali kepada hukum asal yg ditetapkan FIFA. Gerakan “pembaharuan” dalam bolasepak.
Kesimpulannya, bolasepak adalah satu sistem cara hidup, atau agama baru, yg kembang mekar di seluruh dunia bukan lagi sekadar satu aktiviti permainan utk menyihatkan badan. Banyak aktiviti fizikal lain seperti yoga, panjat bukit, berbasikal dsb tetapi tidak membawa impak dan kesan yg besar seperti bolasepak. Kerana bolasepak sekarang adalah satu agama. Satu berhala besar yg dirasakan tidaklah salah utk disembah selagi sejadah masih dibentang. Saya tak pasti besar mana berhala bolasepak ini, tetapi kalau mengikut sunnah Nabi Ibrahim as., baginda memecahkan semua berhala2 kecil dan membiarkan satu berhala besar memegang kapak, supaya kaumnya berfikir: is it worth it menyembah ideologi lain selain ideologi Allah.
Marilah bertanya kepada diri sendiri, adakah bersengkang mata pagi2 buta, terpekik terlolong menyokong pasukan negara lain, satu pengorbanan yg berbaloi dan boleh memasukkan manusia ke dalam syurga.
Senario yg berlaku sekarang selari dengan protokol Zionis seperti kata seorang tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan, “Misi utama kita bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam…Kita jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya…”.
No comments:
Post a Comment