Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 7 December 2013

Tanda-tanda pencerobohan PC

SOALAN:
Apakah tanda-tanda ketara komputer saya telah dicerobohi?


JAWAPAN:

Serangan virus dan malwe (sofwe penceroboh) kekal sebagai jenayah siber yang paling kerap berlaku.

Cara terbaik mengawal komputer anda daripada serangan seperti ini adalah dengan memasang sofwe keselamatan yang menyeluruh.
Pengguna Internet juga perlu waspada semasa menggunakannya dan mengayakan pengetahuan tentang bahaya yang wujud di dalam talian.
Sementara itu, penjenayah siber telah maju melewati komputer peribadi.
Mereka kini menggunakan Internet sebagai wadah pencarian - dengan melombong maklumat peribadi.Satu cara adalah dengan 'menculik' akaun anda di ruang media sosial, termasuk e-mel, dan menggunakan maklumat anda untuk menipu.
Ada pula yang 'meracun' kata-kata pencarian yang selalu digunakan.
Sebagai contoh, mereka mungkin menghasilkan laman web palsu yang akan timbul apabila anda menaip kata-kata 'Justin Bieber' dalam ruang jentera pencari.
Laman web ini mengandungi maklumat tentang selebriti remaja itu tetapi ia juga boleh melombong maklumat peribadi anda.
Berikut adalah beberapa tanda yang mungkin memberi amaran bahawa komputer anda telah dicerobohi.
1) Aplikasi anda mengambil masa yang lebih lama untuk load atau bermula. Ia juga mungkin tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Ini mungkin menandakan bahawa sesuatu virus telah mencerobohi ruang memori komputer anda dan memadatkannya (sebab itu ia lambat bermula).
2) Sistem komputer anda berfungsi terlalu perlahan dan boleh padam apabila anda cuba mengakses cakera memori.
3) Anda menerima mesej rambang dan aneh.
4) Pemacu cakera anda kini mengandungi lebih banyak fail tetapi anda tidak memasang sebarang fail atau program baru.
5) Menu 'tarik ke bawah' yang anda gunakan kini kelihatan 'ronyok'.
Malangnya, sesebuah mesin yang telah dicerobohi lebih sukar 'diperbaiki'.
Malwe yang kini wujud di dalamnya boleh menghalang pemasangan sofwe keselamatan.
Walaupun pencegahan lebih baik daripada perawatan, mesin yang terjejas membahayakan masyarakat Internet.
Satu cara penyelesaian adalah dengan menggunakan Norton Power Eraser - sebuah alat pemadan percuma yang boleh memadam ancaman terkini dan boleh dimuat turun daripadahttp://security.symantec.com/nbrt
SUPAYA SELAMAT

1) Sentiasa berwaspada.
2) Kerap 'back-up' atau buat salinan cakera pemacu anda. Ini termasuk gambar, video dan dokumen kewangan atau peribadi.
3) Jangan klik membuta tuli. Sentiasa teliti alamat yang tertera di atas sofwe pelungsur sebelum anda mengklik sebarang pautan.

No comments:

Post a Comment