Seorang lelaki berjalan dengan pisau terpacak di kepala tentu merupakan pemandangan yang mengerikan. Tapi apabila lelaki yang terpacak pisau itu masih boleh berjalan santai ke hospital untuk mencari pertolongan , anda pasti akan bertanya -tanya apakah itu peristiwa sebenar atau hanya jenaka.
Ho Lung yang masih boleh bersikap tenang walaupun ada pisau sepanjang 25 cm yang menikam kepalanya. Sesampainya di hospital, Ho Lung masih dengan santai meminta pertolongan doktor . “Tolong , saya ingin jumpa doktor ,” katanya seperti dipetik dari Mirror.
Melihat Ho Lung yang begitu tenang , mulanya petugas di salah satu hospital di Jilin , China , tidak yakin lelaki itu benar -benar ditimpa musibah. Hingga akhirnya petugas memeriksa dan mengamati luka dan pisau yang masih terpacak di kepala Ho Lung , dan memastikan bahawa luka tersebut boleh mengacam nyawa Ho Lung .
Pemeriksaan sinar – X menunjukkan pisau telah menembusi tengkorak dan otak Ho Lung , namun tidak mengenai pembuluh darah utama. Doktor pun melakukan pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan pisau itu sepenuhnya tanpa menyebabkan kerosakan anggota tubuh yang ketara. Selesai mendapat rawatan , lelaki itu lantas bertanya apakah dirinya sudah dibenarkan pulang.
Ketika ditanya doktor apa yang telah menyebabkan pisau bersarang di tengkoraknya , lelaki itu menolak memberikan butiran. “Jadi seperti ini, saya sedang bermain dengan kawan saya, dan terjadi kemalangan hingga pisau tertikam di kepala. Ini cuma kesilapan bodoh yang boleh berlaku pada sesiapa ,” katanya.
Pada akhirnya doktor bersetuju untuk membenarkan orang itu meninggalkan hospital bersama dengan pisau, selepas lukanya selesai dibalut. Kepada pegawai perubatan Ho Lung berjanji akan datang kembali untuk check -up.
No comments:
Post a Comment