Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 8 August 2013

Bayi Berkaki Empat Selamat Dibedah


 Cape Town : Seorang bayi berkaki empat dari Namibia, Andrew Palismwe telah menjalani pembedahan dramatik selama sembilan jam untuk membuang dua belah kaki di Hospital Red Cross War Memorial Children.

Bayi berkenaan yang dilahirkan pada 6 April lalu juga mempunyai dua limpa dan keadaan itu berlaku akibat pembentukan pasangan kembarnya yang tidak menjadi.

Andrew yang berasal dari Caprivi itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas beberapa hari berada dalam unit rawatan rapi.

Dia kini dalam proses pemulihan selepas dipindahkan ke Hospital Windhoek Central .
Dalam pada itu, ibu bayi berkenaan, Ruthy Mutanimiye berkata, anaknya memberikan tindak balas yang baik kepada ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Ruthy juga bersyukur kerana anaknya itu berjaya menjalani pembedahan berkenaan meskipun kosnya tidak mampu ditanggung oleh dia sekeluarga.

Bayaran pembedahan tersebut ditanggung oleh kerajaan Namibia melalui dana bagi membantu pesakit di negara berkenaan yang tidak mampu mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta.

Namun kerajaan Namibia tidak mendedahkan jumlah bantuan kewangan yang disumbangkan untuk pembedahan berkenaan. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment