Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 30 August 2013

Mak Nyah Hilang Lenggok ‘Ayu’ Dikejar Pegawai Agama


Sekumpulan mak nyah lari lintang pukang dan hilang lengguk ‘ayu’ apabila port mereka menjalankan kegiatan maksiat diserbu dalam operasi yang dijalankan gabungan empat Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) di Temerloh malam kelmarin.
Dalam serbuan itu, empat mak nyah yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di kaki lima dan hotel bajet sekitar Jalan Mock Hee Kiang di sini ditahan dalam operasi selama dua jam itu.
Sumber Paid berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya menerima aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral mak nyah yang mencari pelanggan sekitar Mentakab sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, serbuan yang bermula jam 12.30 malam itu berjaya menahan dua mak nyah tempatan berusia 27 dan 29 tahun dan dua lagi mak nyah Indonesia masing-masing berusia 30 tahun.
“Operasi dijalankan bersama penguat kuasa Paid Temerloh, Bera, Bentong dan Maran juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat terutama menjelang Ramadan,” katanya sewaktu ditemui bersama ketika serbuan.
Turut hadir dalam serbuan tersebut Kadi Temerloh Badarudin Ahmad Bustami.
Sementara itu mak nyah Indonesia yang ditemui mengaku menjadikan bilik hotel bajet terbabit sebagai kediaman sejak tiga bulan lalu dan turut membawa pulang pelanggan untuk khidmat seks dengan bayaran hanya RM30.
Suzy (nama samaran), 30, berkata, kebanyakan pelanggannya berusia antara 30 hingga 40 tahun terdiri daripada pelbagai bangsa namun yang paling ramai Melayu.
Bagaimanapun katanya, dia mengakui kesukaran mencari pelanggan dan paling ramai hanya dua pelanggan satu hari.
“Saya ada kerja sambilan di salun untuk tampung kos sara hidup di sini,” katanya yang berasal dari Jakarta.
Suzy juga mengakui telah menjalani pembedahan memasukkan silikon untuk membesarkan payudara dengan kos RM3,000, dia melakukannya di Thailand.
Sementara itu seorang mak nyah tempatan dikenal sebagai Yana (nama samaran) 29, berkata, dia berasal dari Kuantan dan menetap di Mentakab hampir setahun lalu.
Menurutnya, dia juga menyewa sebuah hotel bajet dengan bayaran RM25 semalaman dan turut mengakui telah dua kali ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).
Yana juga mengaku telah melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk membesarkan payudara di Thailand dengan kos RM5,000.
Kesemua mereka dibawa ke Paid Temerloh untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan dan akan didakwa atas kesalahan tersebut.

No comments:

Post a Comment