Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 29 August 2013

Ahmad Shabery Nyanyi Lagu Ciptaan Sendiri


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mendendangkan buat pertama kalinya lagu ciptaan beliau ‘Tanah Tumpah Darahku’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56.
Beliau mempamer kebolehan menyanyikan lagu itu di pekarangan pusat membeli-belah Pavillion di sini ketika menyaksikan pertunjukan ‘flash mob’, persembahan pentarama dan pemuzik jalanan.
“Saya tak sangka saya boleh menyanyi di khalayak ramai. Tapi ramai lagi yang mengatakan dengar pertama kali tak berapa sedap,” katanya.
Ahmad Shabery berkata lagu itu merupakan satu mentera bagi memupuk semangat cintakan negara dan keperluan menghargai keamanan yang dinikmati Malaysia ketika ini hasil perjuangan pejuang terdahulu.
“Hari ini kita jadi aman kerana peranan yang dimainkan oleh tentera dan polis… lagu ini kita tujukan kepada mereka,” katanya.
Cuaca panas terik tidak menghalang Ahmad Shabery meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi menyaksikan semua pertunjukan ‘flash mob, persembahan pentarama dan pemuzik jalanan malah beliau turut menari bersama 150 penari dari Kolej Komuniti, Istana Budaya dan Komuniti India.

No comments:

Post a Comment