Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 29 August 2013

Lelaki Potong Tangan Sendiri Untuk Buang Tabiat Mencuri


Seorang lelaki, Ali Afifi, 28, bertindak nekad untuk membuang tabiat mencuri dengan memotong kedua-dua tangannya dengan meletakkan tangan terbabit di atas landasan keretapi.
Ali yang berasal dari Tanta itu, memutuskan untuk berbuat demikian sebagai hukuman kepada dosa-dosa yang dilakukannya kerana mencuri.
Dia menunggu keretapi datang sebelum meletakkan kedua-dua tangannya di bawah roda keretapi yang ketika itu membawa beratus-ratus penumpang.
Menurut Ali, apabila bapanya mengetahui tabiat buruknya yang suka mencuri, lelaki itu amat terkejut dan memutuskan untuk menghantar ke sebuah kawasan.
Ali berkata, dia mula mencuri ketika kecil dan ia bermula dengan makanan kawannya di sekolah, sebelum melarat kepada aktiviti mencuri di kedai.
Antara barang yang dicuri ialah telefon bimbit dan barang kemas.
Kini, Ali mahu memulakan kehidupan baru dan berharap dapat berkahwin.




No comments:

Post a Comment