Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 30 August 2013

BINATANG!! Nenek Dan 2 Cucu Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam


DENGKIL – Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini. 


Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.
“Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.
“Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian.
Katanya individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan di talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, seorang jiran yang hanya dikenali sebagai Mas Ayu, 27, berkata kira-kira pukul 11 pagi, beliau terdengar bunyi bising dari rumah itu dan meninjau persekitaran namun tiada sebarang perkara yang dilihat mencurigakan.
“Sekitar rumah pun dilihat tiada kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir itu pergaduhan biasa kerana sepanjang saya mengenali mereka, dilihat tiada sebarang masalah,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment