Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 19 August 2013

Penampilan Terbaru Mantan Raja Permaisuri Agong Hajjah Siti Aishah


Sekian lama menyepikan diri dari orang ramai, kini Mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 11, Yang Amat Mulia Permaisuri Hajjah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman muncul kembali di khalayak ramai. 

Baginda menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona Edisi Khas Aidilfitri Ogos 2013. 

Menjadi balu di usia cukup muda iaitu 30 tahun bukanlah satu perkara yang mudah. Kini, setelah 12 tahun berlalu, baginda muncul dengan semangat yang baru. 

Menjadi suri kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada usia muda iaitu 19 tahun dan ditabal menjadi Permaisuri negeri Selangor pada usia 27 tahun iaitu pada 28 Oktober 1998. 

Setahun kemudian menjadi Raja Permaisuri Agong ke 11 dan termuda dalam sejarah negara. 


No comments:

Post a Comment