Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 19 August 2013

Perompak Bawa Lari Mesin ATM Di Kulaijaya


Dalam suasana tenang menyambut Aidilftri, sekumpulan penjenayah mengambil kesempatan merompak bank dengan membawa lari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Pasar, Kulaijaya, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 2.45 pagi itu, dipercayai sekumpulan tiga hingga lima penjenayah melarikan sebuah mesin ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV). 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian terbabit dan katanya pihak polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan penjenayah itu. 

No comments:

Post a Comment