Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 19 August 2013

Suspek Kedua Serah Diri, Kes Letupan Bom Di Tumpat Selesai


Suspek kedua berhubung kejadian letupan bom yang menyebabkan kematian seorang kerani sekolah di Tumpat pada Ahad lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata lelaki berusia 28 tahun itu yang juga jiran kepada keluarga mertua mangsa menyerah diri jam 10.15 pagi tadi.
“Suspek akan direman selama seminggu sementara motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu dan dendam,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Dalam kejadian itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, maut akibat terkena letupan ketika dia mengambil bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk.
Rabu lepas, seorang anggota tentera berusia 29 tahun yang disyaki turut terbabit dalam kejadian itu telah direman.
Mazlan berkata dengan tertangkapnya suspek kedua itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

No comments:

Post a Comment