Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 19 August 2013

‘Tolonglah Bantu Adik Saya Ubati Penyakit Misteri’


“Saya merayu kepada sesiapa yang boleh membantu, tolonglah dia,” kata Fatimah Ismail, 48, kakak kepada Fatimah Ismail, 42, ibu tunggal yang menghidap penyakit misteri.
Ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia 16 tahun itu dilaporkan sering mengadu sakit dan tidak dapat tidur sejak diserang penyakit misteri lebih empat bulan lalu.
Kakak mangsa berkata, dia sudah membelanjakan banyak wang untuk mengubati penyakit adiknya itu, namun sehingga kini keadaan masih sama.
“Saya merayu, kalau ada individu yang mahir dalam perkara sebegini, datanglah tolong kami.
“Saya dah tak sanggup lagi melihat keadaannya, kadang-kadang sehari semalaman dia tidak tidur kerana mengerang kesakitan,” kata Fatimah.
Menurutnya, dia mengesyaki adiknya berkemungkinan diganggu makhluk halus kerana sering mengadu sakit seluruh badan, sedangkan pemeriksaan doktor mendapati ibu tunggal yang pernah bekerja sebagai pembantu kantin itu tidak berpenyakit.
“Kami bukanlah percayakan bomoh tradisional, tapi kalau itu kaedah yang boleh diguna pakai untuk merawatnya, kami alu-alukan,” katanya.
Kisah mangsa pernah disiarkan akhbar ini sebelum ini setelah keluarganya merayu bantuan bagi meringankan beban perbelanjaan harian.
Pegawai Pembangunan Dun Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan berkata, pihaknya kini sedang berusaha melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyalurkan bantuan bulanan kepada mangsa yang kini hilang pendapatan.
Malah, terpaksa menanggung persekolahan anaknya yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.

No comments:

Post a Comment