Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 11 August 2013

Mangsa Perang Vietnam Ditemui Selepas 40 Tahun


Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu.
Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam.
“Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal,” menurut laporan itu kepada MailOnline.
Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja.
“Kali terakhir mereka memasuki hutan ini pada 1973. Ketika itu mereka melarikan diri selepas tentera Amerika Syarikat mengebom rumahnya hingga mengorbankan isteri dan dua anak lelaki mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment