Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 11 August 2013

Lelaki Khayal Gam Ghairah Tengok ‘Spender’ Wanita


Gara-gara khayal selepas menghidu gam, seorang lelaki menjadi terlampau ghairah apabila terpandang seluar dalam wanita lalu mencuri pakaian dalam itu yang dijemur diampaian di Taman Hijrah di Kangar, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, lelaki berusia awal 20-an yang menunggang motorsikal bersendirian mengelilingi kawasan perumahan terbabit dan mencuri seluar dalam di ampaian sebuah rumah.
Jiran yang melihat kejadian itu menyergahnya menyebabkan lelaki berkenaan melarikan diri dengan motorsikal bersama seluar dalam itu.
Pemilik rumah berkenaan, Norita Abdul Karim, 38, berkata, beliau tiada di rumah ketika kejadian dan terkejut apabila dimaklumkan tida seluar dalam milik anak gadisnya dikebas seorang lelaki yang dikatakan mabuk gam.
“Saya pernah mendengar kejadian mencuri seluar dalam di jemuran di kawasan lain, tetapi tidak menyangka ia berlaku kepada kami pula.
“Seluar dalam itu tidak berjenama, tetapi kecurian ini menakutkan kami kami sekeluarga,” katanya.
Beliau berkata, jika kecurian pakaian diampaian berterusan, ia boleh menyebabkan masalah besar kerana terpaksa menggantikannya.
“Kejadian itu menyebabkan anak gadis saya tidak berani meninggalkan seluar dalam di ampaian kecuali jika mereka berada di rumah,” katanya semalam.
Beliau berkata, selain seluar dalam, lelaki itu turut mengambil sehelai baju-T dan seluar sukan milik anaknya yang baru dibeli.
“Lelaki itu dilihat membawa bungkusan plastik dipercayai berisi gam dan ketika menunggang motorsikal, dia dilihat menekap plastik itu ke hidung. Mungkin dalam keadaan khayal, dia menjadi terlalu ghairah apabila terpandang seluar dalam,” katannya.
Bagaiamanapun Norita berkata, beliau tidak bercadang membuat laporan polis.
“Saya akan bekerjasama dengan jiran untuk menangani masalah berkenaan,” katanya



No comments:

Post a Comment