Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 11 August 2013

Remaja 19 Tahun Rogol Dan Samun Pembantu Rumah


Seorang remaja berusia 19 tahun sempat merogol seorang pembantu rumah warga asing sebelum melarikan dua botol minyak wangi bersama laptop dan wang tunai selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Jaya Baru, Kajang.
Dalam kejadian jam 2 petang 3 Oktober lalu, suspek yang tinggal di taman perumahan sama, mengumpil pintu belakang rumah itu sebelum mengacukan pisau kepada mangsa yang sendirian di rumah kerana majikannya bekerja.
Sebaik masuk ke rumah, suspek mengikat kedua-dua tangan mangsa berusia 20-an dan merogolnya di ruang tamu sebelum melarikan dua botol minyak wangi, sebuah laptop serta wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM8,000.
Bagaimanapun, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes dadah di Selayang, diberkas di Lorong Haji Taib di ibu negara Ahad lalu hasil maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek dipercayai sudah lama memerhatikan rumah berkenaan dan memilih untuk memecah masuk ketika pembantu rumah terbabit tinggal sendirian.
Katanya, suspek direman hingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

No comments:

Post a Comment