Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 19 August 2013

Gempar! Puteri Diana Dibunuh Tentera Britain Sendiri?


Scotland Yard semalam berkata mereka kini menilai kredibiliti maklumat baru berkait dengan kematian Puteri Diana dan Dodi Fayed, termasuk dakwaan mereka dibunuh oleh seorang anggota tentera Britain.
Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada perbicaraan kedua mahkamah tentera terhadap Sarjan Danny Nightingale, penembak tepat pasukan khas tentera Britain (SAS) yang disyaki menyembunyikan sepucuk pistol dan 338 peluru dalam bilik tidurnya.
Dakwaan itu terkandung dalam sepucuk surat daripada ibu bapa mentua bekas rakan serumah Nightingale yang dihantar kepada pegawai pemerintah SAS pada September 2011.
Ia difahamkan bahawa maklumat berkenaan diserahkan kepada Polis Metropolitan London menerusi Polis Tentera Diraja.
Akhbar Sunday People melaporkan, surat itu menyatakan Nightingale mendakwa SAS bertanggungjawab terhadap kematian Diana dan ia ‘dirahsiakan.’
“Perkhidmatan Polis Met- ropolitan menyiasat maklumat yang diterima baru-baru ini berkait dengan pembunuhan itu dan kini menilai hubungan serta kredibilitinya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Scotland Yard.
Penilaian berkenaan akan dilakukan oleh pegawai Markas Jenayah dan Operasi Khas.
Polis berkata, mereka tidak bersedia untuk membincangkan masalah itu lebih lanjut sementara seorang jurucakap keluarga diraja berkata, tidak ada kenyataan akan dikeluarkan mengenai perkara itu, termasuk daripada Putera William, Harry mahupun istana.
Diana, Dodi dan pemandu mereka, Henri Paul mati selepas Mercedes yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di sebuah terowong di Paris pada pagi 31 Ogos 1997 selepas mereka meninggalkan Hotel Ritz.
Siasatan mengenai kematian Diana dan Dodi mengambil masa lebih 90 hari dengan 250 saksi memberi keterangan.
Inkues berkenaan berakhir pada 27 April 2008 dengan juri merumuskan bahawa ‘Puteri Rakyat’ dan teman lelakinya terbunuh akibat kelalaian dalam pemanduan kereta.
Selepas perbicaraan berakhir, Polis Metropolitan berkata, mereka membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk inkues itu dan siasatan yang dilakukan dari 2004 hingga 2006.

No comments:

Post a Comment