Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 16 October 2013

Berang Gara-Gara Anak Enggan Ikut Bersiar-Siar

Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.
Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

“Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah,” katanya.
Pasangan itu kedua-dua mereka berumur 36 tahun, memiliki tiga anak berusia empat, lima dan sembilan tahun hasil perkongsian hidup selama 12 tahun. Anak kedua mereka adalah perempuan.
Menceritakan kembali detik itu, beliau berkata suaminya ke hospital untuk menziarahi anak sulung mereka yang demam panas.
“Saya membiarkan mereka didalam wad dan turun ke tingkat bawah hospitaluntuk kedai serbaneka bersama anak kedua.
“Tidak lama kemudian, suami turun dan meminta saya memujuk anak-anak agakmahu keluar dengannya, tetapi tidak berjaya,” katanya.
Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu kemudianya naik semula ke atas untuk menguruskan keperluan anaknya sebelum mengambil keputusan untuk pulang.
“Semasa dalam lif, dengan tidak semena-mena, dia memukul dan menendang saya tanpa henti dan berkata, ‘jumpa kau dimahkamah syariah’.
“Selain denyutan akibat bengkak di kepala, pergelangan tangan saya turut sakit akibat dicengkam dengan kuat,” katanya semasa mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya.
Wanita itu berkata, kakinya juga lebam dan sengal akibat ditendang keluar daripada lif terbabit.
Bagaimanapun, mangsa sudahpun membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Perda, 12 Ogos lalu sejurus selepas kejadian itu berlaku.
Meskipun begitu, dia tidak menyangka video yang dimuat naik adiknya di laman Facebook mendapat reaksi dan keprihatinan banyak pihak.
Difahamkan mangsa dan suami tinggal berasingan sejak Disember lalu ekoran suaminya yang sudahpun berkahwin lain pada tahun yang sama menetap di Jerantut, Pahang.
Mangsa yang tinggal bersama ibunya di Mengkuang dekat sini berkata, tindakan saman akan diambil.
Tambahnya lagi, permohonan cerai juga telah dibuat awal bulan lalu.

No comments:

Post a Comment