Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 31 October 2013

Pasangan Buat Hubungan Seksual Dalam Teksi Bergerak


Pasangan ini dilihat berasmara serta melakukan hubungan seksual dalam sebuah teksi yang sedang bergerak tanpa menghiraukan lalulintas yang sedang memerhatikan mereka ketika melakukan hubungan intim tersebut..
Gambar yang berjaya diambil oleh seseorang saksi di sebatang lebuh raya yang sibuk di Shanghai, China menunjukkan bahawa pasangan ini sedang melakukan hubungan seks di belakang teksi yang bergerak tanpa menghiraukan orang lain..
Saksi tersebut memberitahu bahawa ketika kejadian dia memandu bersebelahan teksi tersebut dan memerhatikan pasangan kekasih tersebut yang sedang bemesraan antara satu sama lain..

Bagaimanapun adengan panas berterusan hingga mereka melakukan hubungan intim di dalam teksi tersebut yang kelihatan bergoyang-goyang hingga berjaya dirakam olehnya..
Dalam gambar yang diambil oleh saksi tersebut turut kelihatan pemandu teksi yang meneruskan pemanduan ketika aksi panas sedang dilakukan di dalam teksi yang sedang dipandunya itu..

Gambar aksi yang sepatutnya di ranjang itu akhirnya dimuatnaik olehnya di laman-laman sosial hingga menggemparkan orang ramai..Mereka turut percaya bahawa pasangan tersebut bukanlah orang tempatan..
"wajah pemandu kelihatan sangat pucat seperti hantu dan saya dapat membayangkan bahawa dia dapat melihat dengan jelas aksi seks tersebut melalui cermin" ujarnya..
Pihak polis dilaporkan telah mengenalpasti kes tersebut dan mengkritik pemandu tersebut kerana membiarkan aksi yang dikatakan berbahaya oleh pihak polis tersebut dilakukan di dalam teksi..
"seharusnya pemandu itu berhenti dan menyuruh mereka keluar..Mereka turut tidak memakai tali pinggang keledar" ujar seorang anggota polis..

No comments:

Post a Comment