Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 31 October 2013

Aksi Terbaik Pelajar



Apa nak jadi kepada anak-anak muda kita kini, lagi malang ia berlaku kepada budak-budak sekolah dan lagi walang kerana aksi ghairah dalam keadaan masih berpakaian sekolah. Nasib baik lencana sekolah tak kelihatan.
Yang lelakinya kencing masih belum ‘berbuih’ tetapi ‘hebat’ menjahanam perempuan juga atas kerelaan perempuan sendiri. Dua-dua punah-ranah. Kononnya dialah ‘heroku’ kini.
Gambar berikut tersebar luas di internet. Usia dalam lingkungan 13, 14 tahun tetapi nafsu mengalahkan orang nak berbini kerana mereka sendiri mengasuh nafsu menjadi begitu.
Kepada adik-adik kita di atas, anda berdua masih belum dimalukan kerana muka comel anda belum kelihatan. Ingatlah, anda diperhatikan! - 

Wanita Tarik Perhatian Kerana Berbogel Di Lapangan Terbang




Denver : Seorang wanita mengejutkan semua orang di Lapangan Terbang Denver apabila dia bertindak melondehkan semua pakaiannya dan berbogel selepas ditangkap kerana merokok di pintu masuk bahagian pelepasan.

Pihak berkuasa masih tidak jelas kenapa wanita itu berbogel namun isu rokok tidak ada kaitan dalam kes berkenaan.


Seorang pegawai keselamatan di lapangan terbang itu berkata, wanita itu memaklumkan dia keletihan kerana tidak cukup tidur.

Menurut salah seorang saksi, semua penumpang terkejut melihat aksi wanita berkenaan.

“Kami amat terkejut. Pada mulanya tiada siapa yang perasan namun ketika penumpang memasuki pintu pelepasan itu, mereka mula menyedari yang dia berdiri di situ dalam keadaan berbogel.


Saksi itu menambah, ibu bapa yang terkejut dengan cepat menutup mata anak-anak mereka daripada melihat wanita itu sementara penumpang lain tersenyum sambil memandangnya.

Selepas 20 minit berdiri dalam keadaan bogel, dia akhirnya dibawa ke hospital untuk penilaian mental.

Wanita itu bagaimanapun tidak ditangkap dan tidak berdepan sebarang pendakwaan.

Polis memaklumkan, kejadian itu berlaku akibat salah faham wanita tersebut yang menyangkakan dia akan diperiksa kerana merokok. 


TERKANGKANG DALAM LRT




Pelayar web Stomp, Ashy terperasan seorang wanita yang sedang duduk dalam LRT dalam keadaan yang agak kurang sopan. Beliau juga cuba memberi 'hint' kepada wanita berkenaan supaya membetulkan kedudukannya. 

Wanita berkenaan langsung tidak pedulikan 'hint' yang diberikan, malah membuka dengan lebih luas kakinya. 


Ashy menulis: 

"Saya seorang wanita yang mementingkan moral, dan tidak mahu masyarakat berfikiran kotor. 

"Saya telah melihat wanita ini yang duduk dalam keadaan kurang sopan. 

"Mungkin kerana saya seorang wanita, saya rasa kurang selesa dengan kedudukan beliau.

"Saya cuba memberi isyarat kepadanya dengan merenungnya sambil menutup kaki saya dengan harapan beliau merubah kedudukan kakinya. 

"Malang sekali, beliau berpaling dari pandangan saya, malah membuka dengan lebih luas kakinya. 

"Mujurlah tiada lelaki yang berdekatan dengannya."

[18+] Bertudung Tetapi Berbaju Seksi Dan Ketat

t












Pengakuan Berani Mati Seorang Gay



Kehidupan sebagai seorang yang bernafsu songsang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Terbaru, seorang yang mengaku dirinya seorang yang bernafsu songsang telah membuat pengakuan jujur mengenai tabiat buruknya itu.

Tetapi, adakah semua alasan yang beliau nyatakan adalah alasan yang valid di hadapan Allah kelak?

aku pun gay....
tp aku langsung tk banga gn ape yg die buat....
malah simpati sgt gn hidup die n famili die.......
boleh di kira murtad kawin di gereja lg...
dh lh songsang...lg kawin kt gereja..........
aku pun gay.........
tp tak akan akan sekekali aku memalukn diri aku..mak bapak aku n juga agama aku.....
aku tk minta pun dilahirkn songsang.......
korang ngat jd gay ni best???
main2 then pancot mani..pas tu blah.....
then berebut2 jantan..tgk sape yg dpt paling hot.....??
best ker korang ingat....
seksa wei//teramat2 seksa hidup aku....
tetapi sesekali pun aku tk luper akan allah....
betapa bnyak dosa yg aku buat.....sesaat pun die tk pernah lupeakn aku..and aku sentiasa berdoa agar allah tutupkn pintu hati aku untuk menjadi gay.......
jika di beri pilihan antara memilih dunia atau nikmat gay....
pasti aku pilih dunia.....cos betapa seksanya naluri aku ni hanya allah jer yg tauuu........

Dunia Nak Kiamat: Wanita Rogol Lelaki



Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam. 


Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.



Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.
Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.

Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.

Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.

Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.

Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.

Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.

Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.

Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.

Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.

Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.

Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: "Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut."

Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata "Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini."

"Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih."

Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.

''Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,''katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.

Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang "panas" di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215).

Remaja khusyuk dodoi awek kantoi



GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.
Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.
Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.
Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.
Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.
Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.
“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.
Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.
“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.
“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.
Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.
Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.
Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.
Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.
“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.
Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.
Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.
“Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.
Sinar Harian

Gambar Lucu Dan Nakal Kanak-Kanak Ketika Berada Dengan Wanita Seksi

Lihat sahaja kelakuan nakal kanak-kanak sewaktu berada dengan orang dewasa..apa yang mereka lakukan dan apa kah persaan mereka pada masa itu..saksikannya..cekidot..









Seorang Pegawai Kerajaan didakwa rogol dan liwat gadis dalam hotel



KOTA KINABALU – Seorang pegawai kanan polis didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun.
Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 54, bekas ketua unit D7 di ibu pejabat polis Sabah yang juga pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Setiu tahun lalu didakwa merogol gadis tersebut di sebuah bilik hotel di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 1 Februari tahun lalu.

Rohaizat turut didakwa meliwat gadis tersebut pada hari dan tempat yang sama selain mengulangi perbuatannya itu kira-kira pukul 10 pagi keesokan harinya.

Ketika pertuduhan keempat merogol gadis di hotel yang sama sekitar Mei tahun lalu dibacakan, beliau bertanya:”Apa, tiada tarikh?”

Beliau kemudiannya menggelengkan kepala dan berkata:”Tidak bersalah.”

Beliau turut menulis nota apabila pertuduhan awal dibacakan dan menjawab ‘Tidak bersalah’ setiap masa dengan jelas dan lantang.

Rohaizat yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang tiba di mahkamah dengan memakai jaket dan berseluar gelap serta ditemani isterinya.

Bapa kepada dua orang anak itu menutup mukanya dengan surat khabar apabila melihat pemberita dan jurugambar ketika memasuki bilik perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin meminta ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan amat serius.

Peguam Ram Singh yang mewakili Rohaizat bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memegang jawatan pegawai kanan polis dan dia tidak akan melarikan diri.

Ram berkata Rohaizat sanggup melaporkan diri kepada ibu pejabat polis Pulau Pinang dua kali seminggu jika perlu.

Beliau juga menggesa ikat jamin minimum RM5,000 ditetapkan untuk setiap pertuduhan tersebut.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ismail Berahim bagaimanapun menetapkan jumlah tersebut kepada RM40,000 dan membenarkan Rohaizat dibebaskan selepas menetapkan 9 hingga 13 Disember ini untuk tarikh perbicaraan.

Jamil berkata, pihak pendakwaan mempunyai senarai seramai 25 orang saksi tetapi belum menentukan berapa ramai yang akan dipanggil untuk memberi keterangan. - mStar Online

Pelajar Tingkatan 3 Dicabul Dalam Kelas



Arau: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka. 

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.

Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.

“Siasatan polis mendapati suspek turut melakukan perbuatan sama terhadap seorang pekerja wanita lain di pasar raya sama sebelum ini. “Polis sudah mendapatkan perintah reman lima hari sehingga 24 April ini untuk siasatan lanjut. Dia memegang paha mangsa yang bekerja di pasar raya berkenaan,” katanya. - hmetro

Ponteng Sekolah Untuk Berzina Dengan Kekasih Di Rumah Sendiri !



Georgetown : Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.


Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.

Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.
“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.

“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.

Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

VIDEO : Budak Sekolah Perempuan Tahap Gedik!!




Apa nak jadi? Kebelakangan ini, kita dapat lihat semakin banyak video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh terutamanya remaja (Budak sekolah).
Apa yang menghairankan mereka langsung tidak merasa malu memuatnaik video rakaman mereka di laman sosial mahupun laman perkongsian video iaitu YouTube.
Yang menyedihkan lagi, remaja atau budak sekolah ini tidak memikirkan perasaan orang tua mereka sebelum memuatnaik rakaman video  seperti di bawah ini.
Takkan semuanya nak disalahkan mak bapa. Atau juga pihak cikgu dalam kes ini?

Jom Layan Video Di Bawah Ini.....

Lahir bersama derita


HAMIRA memangku Nur Imanina di rumahnya di Parit Raja, semalam.


Batu Pahat: Ketika kandungan berusia empat bulan, Hamira Samsudin, 25, dimaklumkan doktor anaknya tidak normal.
Pada 3 Ogos lalu, Nur Imanina Jaferi dilahirkan dan kali ini, Hamira bukan hanya menangis kerana bersyukur, malah turut sedih kerana anak keduanya itu bukan saja tidak mempunyai lubang dubur, malah buta kedua-dua mata selain otaknya berada di luar tempurung kepala.

“Hiba hati saya sebaik melihat keadaan Nur Imanina, ia cukup menyedihkan,” kata Hamira ketika mengimbau saat pertama dia menatap wajah anaknya.
Menurut Hamira yang tinggal di Parit Samijan, Parit Raja, di sini, walaupun Nur Imanina dalam keadaan tidak sempurna, tetapi bayi berkenaan tetap anugerah Tuhan kepada keluarganya.
“Saya dan suami, Jaferi Isnin berusia 33 tahun menjaga Nur Imanina dengan teliti bagi memastikan penderitaannya tidak bertambah.

Pasangan Dicekup Ketika Sedang Berprojek Di tandas Masjid!



Sepasang kekasih yang sedang asyik berasmara, nyaris dipukul oleh orang ramai kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam bilik air di sebuah masjid di
Polewali Mandar, Sulawesi Barat pada Khamis lepas.Mereka ditangkap oleh seorang petugas masjid yang mahu masuk ke bilik air. Pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Berita tentang pasangan tersebut terus tersebar dan menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat setempat.Mereka terus mengerumuni pasangan itu di perkarangan masjid. Mujur ada sekumpulan orang yang dapat meredakan kemarahan masyarakat dan menyelamatkan pasangan tersebut.
Lebih memalukan lagi, pasangan itu adalah bekas sebuah sekolah agama yang terkenal di daerah itu.Untuk mengelakkan kemarahan orang ramai yang kesal dengan kejadian itu, pasangan tersebut terus dibawa ke markas polis daerah Wonomulyo.Mereka ditahan sehingga ibu bapa masing-masing datang menjemput mereka di balai polis.

Bapa gila nafsu,rogol anak kandung!!



MIRI - Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen petang semalam setelah mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan cuba merogol anak kandungnya sendiri.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud setelah menimbangkan beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.
Tertuduh yang berusia 40 tahun dari Long Miri, Baram didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 (3) dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh disebat tidak kurang daripada 10 kali sebatan.
Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh didapati telah merogol anak perempuannya yang berusia 12 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 malam, 27 Mei 2012 di sebuah pondok kebun di KM15 Jalan Samling, Marudi.
Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh juga telah melakukan cubaan merogol mangsa yang sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 7 malam, 25 Mei 2012 di tempat yang sama.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan.
Manakala bagi kesalahan kedua dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara yang dikenakan ke atas tertuduh berjalan serentak kecuali sebatan kekal tujuh kali. - Utusan Borneo / MD

Jihad Sesat Tanpa Baju Ahli Femen Di Depan Masjid!



Semalam adalah Hari Jihad Tanpa Baju Sedunia yang dianjurkan oleh kumpulan demo jalanan FEMEN. Di serata Eropah demo tanpa baju dianjurkan di hadapan kedutaan Tunisia dan masjid bagi membantah hukuman yang akan dijatuhkan keatas warga Tunisia Amina Tyler kerana memuat naik gambar beliau tidak berbaju ke internet.


Amina Tyler memuat naik gambar topless beliau sebagai tanda protes terhadap polis moral yang mahukan mengawal apa yang harus dipakai oleh wanita Tunisia. Warga Islam Tunisia rata-rata terkejut dan malu dengan tindakan beliau dan mahu beliau dihukum dengan berat. FEMEN yang terkenal dengan protes tanpa baju mereka bangkit menyokong apa yang dilakukan Amina Tyler.

Lihat Anak Maut Depan Mata!!

PARIT BUNTAR - “Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” HanUya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian di sini, semalam.

Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Adam Mohd Ali difahamkan berada di belakang kereta Toyota untuk mengambil seliparnya manakala abangnya, Aiman Yasin Mohd Ali yang berusia empat tahun berada dalam kereta terbabit dan cuba menghidupkan kenderaan itu.

Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah selepas menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai dan ingin bergegas menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia masuk ke dalam sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising dari luar rumah.

“Saya segera keluar dan melihat Aiman sedang bermain di tempat duduk pemandu, manakala arwah berada di belakang kereta untuk memakai selipar. Saya mendekati kereta dan terkejut melihat Aiman cuba menghidupkan enjin kereta.

“Saya cuba menahan tindakannya itu, namun dia terus menghidupkan enjin dan secara tiba-tiba kereta mengundur ke belakang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mohd Ali berkata, dia kemudiannya terdengar jeritan yang diselangi suara anak perempuannya mengatakan Mohd Adam meninggal dunia akibat dilanggar.

Dia segera meluru ke belakang kereta yang mengundur hingga menyentuh dinding rumah itu dan mendapati mangsa dalam keadaan melutut sambil memegang selipar, manakala bahagian kepalanya dihimpit belakang kereta.

“Saya melihat Mohd Adam kaku di belakang kereta dan apabila kereta dialihkan ke hadapan, arwah terus terduduk.

Kepala arwah cedera dan saya segera memeriksa keadaannya serta mendapati arwah sudah tidak bernyawa.

“Saya tidak sangka kereta akan mengundur dan saya percaya Aiman memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain dalam kereta,” katanya.

Mohd Ali berkata, melihat keadaan mangsa, anak keempatnya, Akmal Yasin pada mulanya menyangka mangsa sedang ‘tidur’ dan mengangkatnya ke bahagian hadapan rumah.

Katanya, bagaimanapun sebaik sahaja mengetahui adik bongsunya itu sudah tidak bernyawa, kanak-kanak itu terus meluru ke arah kakaknya sambil menangis kerana dia rapat dengan arwah.

“Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah langsung tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Mohd Ali turut meluahkan kekesalan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir arwah yang berulang kali mengajak mereka sekeluarga pergi melancong.

“Kami sekeluarga pasrah dengan pemergian arwah, cuma saya sedih kejadian tragis ini berlaku di hadapan mata kami sekeluarga,” katanya.

Suasana pilu turut menyelubungi lokasi kejadian apabila ibu mangsa menangis teresak-esak tanpa henti sambil memeluk jenazah mangsa sehingga saat mangsa ingin dibawa polis ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikannya kes sebagai kematian mengejut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak yang turut hadir ke lokasi kejadian meminta orang ramai terutama golongan ibu bapa supaya lebih berhati-hati mengendalikan kenderaan di pekarangan rumah masing-masing.

“Kejadian tragis wajar dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak kecil terutama apabila mereka berada di luar rumah,” katanya.