Fauzi Nawawi bukan amatur dalam gossip mempunyai hubungan sulit ini dan pastinya berita ini bukan yang pertama namun Noni AF5 tampil memberikan penjelasan yang hubungan antara mereka hanya kerana kerja atau lebih formal & professional.
“Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan”
“Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?” kata Noni AF5 menafikan semua dakwaan.
Noni AF5 menjelaskan lagi yang beliau mula mengenali Fauzi Nawawi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati.
Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya. Itu sahaja, katanya.
No comments:
Post a Comment