Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 16 October 2013

DVD KL Gengster 2 Laris Macam Pisang Panas

Jualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak filem KL Gangster 2 yang bocor di Internet menerima sambutan ibarat pisang goreng panas di negeri ini apabila 150 keping DVD itu dijual dalam tempoh tiga jam.
Tinjauan Harian Metro di premis menjual DVD di bandar raya ini mendapati jualan DVD pada harga RM5 dilakukan secara bersembunyi dan kepada orang yang dikenali saja bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Wati, 20-an berkata, dia bertanyakan mengenai DVD filem itu kepada seorang jurujual di premis terbabit, tetapi pada mulanya wanita berkenaan enggan menjualnya dengan memberi pelbagai alasan.
Katanya, jurujual wanita berusia 20-an itu mulanya memberitahu filem KL Gangster 2 hanya dijual pada bulan depan selepas tayangan filem itu di pawagam.
“Apabila saya beritahu teringin melihat filem berkenaan, dia mungkin kasihan dan memberitahu ada menjual filem itu yang disorok di bawah meja kaunter berkenaan kerana bimbang diketahui pihak berkuasa.
“DVD itu dijual pada harga RM5 sekeping dan dia sempat memberitahu DVD filem itu terjual 150 keping,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Wati berkata, jurujual wanita itu juga memberitahu stok baru filem berkenaan sampai sekitar jam 5 hingga 6 petang, tetapi dalam jumlah yang terhad untuk mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
“Saya percaya DVD KL Gangster 2 kini dijual berleluasa di kebanyakan premis menjual DVD di negeri ini secara bersembunyi kerana ada dalam kalangan rakan mengakui menonton filem berkenaan sebelum ini.
“Saya juga menontonnya dan rakaman video itu tiada gangguan suara, malah kualiti gambarnya juga memuaskan walaupun bukan seperti kualiti filem sebenar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Kawalan dan Penapisan Filem (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah Zainal Abidin Othman berkata, pihaknya tidak menerima aduan berhubung penjualan DVD cetak rompak filem KL Gangster 2 itu, namun mengarahkan pegawainya memantau.
Beliau berkata, sekiranya didapati ada peniaga menjual filem itu, mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 6 Akta Penapisan Filem 2002 iaitu menjual filem belum lulus tayangan dan Seksyen 18 akta sama kerana menjual filem tidak mempamerkan Sijil Perakuan B.
“Bagi kedua-dua seksyen ini, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau maksimum RM30,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Bagaimanapun, kita percaya penjualan DVD cetak rompak KL Gangster 2 ini dipercayai dilakukan secara tersembunyi dan hanya dijual pada orang dikenali saja untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” 

No comments:

Post a Comment