Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 9 October 2013

Penyabar seorang isteri solehah bersuamikan penagih dadah dan pengidap HIV

Luluh hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya penagih dadah hingga menyebabkan keluarganya porak-peranda.
Malah, dia turut dicaci masyarakat sekeliling yang menuduhnya tidak pandai menjaga suami.
Wanita malang itu, Maimun Mat Zin, 39, berkata, aktiviti arwah suami yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam tempoh 10 tahun lalu cukup menyedihkan, namun dia tidak mampu berbuat apa-apa selain memohon doa kepada ALLAH SWT.
“Saya tidak segan berkongsi pengalaman duka ini kerana inilah takdir hidup saya. Berat mata memandang, berat lagi bebanan jiwa saya tanggung selama ini. Saya lali kejian masyarakat terhadap saya.

“Walaupun suami penagih dadah, kasih sayang saya terhadapnya tidak pernah luntur. Saya tetap mengambil berat dan menjaganya sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Malah, sepanjang tempoh 10 tahun itu, Maimun terpaksa mengorbankan segala yang dimiliki demi suaminya, termasuk pernah menghubungi pengedar dadah minta menghantar bekalan kepada suaminya yang ketagihan teruk kerana ketiadaan wang.
Lebih menyedihkan, suaminya turut disahkan HIV positif lima tahun lalu sebelum meninggal dunia 13 Jun lalu kerana menghadapi masalah tiada oksigen dalam darah.
Maimun, ibu tiga anak mendakwa, arwah suaminya sempat bertaubat dan meninggalkan tabiat buruknya itu sebelum meninggal dunia dua minggu lalu, sekali gus membuktikan golongan itu juga mampu berubah.
“Walaupun penagih dadah, namun, jauh di sudut hatinya, dia tetap ingin kembali ke pangkal jalan. Saya juga tidak pernah berhenti menyokong dan menasihatinya untuk berubah agar kehidupan kami kembali normal.
“Akhirnya hati arwah terbuka untuk kembali ke pangkal jalan sejak setahun lalu. Arwah mula menunjukkan perubahan sikap, dia (arwah) tidak pernah meninggalkan solat, malah menjadi lebih bertanggungjawab termasuk menjalani rawatan terapi,” katanya.
Maimun berkata, sejak Januari lalu, arwah suaminya menyertai program terapi gantian menggunakan dadah sintetik metadon dan ia antara faktor menyebabkan suaminya mampu kembali semula ke pangkal jalan selepas menjalani proses pemulihan itu.
Menurut Maimun, dia mengambil keputusan menemui SH bagi memenuhi hasrat terakhir arwah suaminya itu yang meminta agar kisah hidupnya itu dikongsi bersama masyarakat, sekali gus dijadikan pedoman dan pengajaran.
Malah arwah suaminya itu juga meninggalkan surat terakhir buat tatapan Maimun dan tiga anaknya agar mereka dapat memulakan kehidupan baru yang lebih baik berbanding sebelum ini, yang dipenuhi pelbagai dugaan.
Kini, Maimun bergantung kepada bantuan bulanan kerajaan sebanyak RM300 sebulan selain dibantu anak sulung yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak RM800 sebulan untuk terus tabah dalam menghadapi kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment