Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 15 October 2013

Penyebaran Fahaman Syiah Di Selangor

Sebuah rakaman klip video yang berdurasi 5 minit dipercayai pengikut fahaman Syiah dikatakan bergerak aktif mengamalkan ajaran mereka di sebuah markas di Klang mula tersebar di Internet. 

Difahamkan motif penyebaran video tersebut di laman sosial Facebook dan di Youtube adalah sebagai pendedahan bersifat umum yang memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang dikatakan semakin berkembang.


Dalam rakaman video itu dipercayai semasa pelancaran markas Syiah melayu di Klang, memaparkan cara kumpulan tersebut melaungkan iqamah, mengangkat takbir, cara bersalam dan selawat yang nyata berbeza dengan kebiasaan dilakukan pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Berikut adalah rakaman video yang dimaksudkan dimuat naik di laman Youtube oleh individu tertentu. 


No comments:

Post a Comment