Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 29 July 2013

Pemuda Maut Dibelasah Gara-Gara Mencuri Pisang


Gara-gara dituduh mencuri pisang dari sebuah kebun, seorang pemandu lori mati dipercayai dipukul dengan kayu oleh penduduk di Kampung Rahmat Luar, Tanah Merah, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, Mohd Khairul Mohd Shaufi, 37, dikatakan dikejar empat penduduk sejauh tiga kilometer (km) ketika cuba melarikan diri selepas mencuri pisang dari Kampung Jakar.
Saksi yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia yang berniaga di kedai makan di kawasan terbabit sempat keluar membeli barang.
Katanya, ketika pulang ke kedai jam 8.15 malam, dia terserempak seorang lelaki keluar dari tepi kedai makan itu.
“Ketika menghampiri kedai, saya ternampak seorang lelaki keluar dari situ dan memberitahu dia baru saja menahan pencuri.
“Saya menghulurnya lampu suluh untuk melihat lelaki yang ditangkapnya sebelum mengusung mangsa keluar. Mangsa ketika itu masih bernyawa sebelum ambulans tiba untuk membawanya ke hospital,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa berasal dari Kampung Ayer Lanas, di sini, yang tiba di Hospital Jeli pada jam 10 malam, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai cedera di kepala.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, polis menahan empat suspek bagi membantu siasatan selepas kejadian itu.
Katanya, semua suspek berusia antara 28 hingga 37 tahun kini ditahan reman seminggu bermula semalam.
“Kita dapati ada pergelutan antara suspek dan mangsa ketika kejadian. Suspek dipercayai menggunakan kayu untuk memukul mangsa.
“Bagaimanapun kita masih menyiasat kes ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment