Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 29 July 2013

Tawar ‘Servis’ Taktik Lengahkan Operasi


“Abang pun boleh buat rawatan muka atau resdung, salun rambut pun boleh dekat sini,” demikian tawaran berani seorang pekerja salun kepada pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda ketika Ops Ratu dijalankan secara bersepadu, kelmarin.
Tawaran ‘berani’ seorang pekerja itu bertujuan melengahkan pemeriksaan ke atas premis yang didakwa menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila pegawai penguatkuasa bertindak melakukan pemeriksaan menyeluruh dalam premis berkenaan.
Malahan pegawai berkenaan turut mengambil maklumat lengkap kesemua pekerja salun yang terletak berdekatan sebuah sekolah, di Sungai Petani, kelmarin.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan aduan orang awam, sebuah salun kecantikan didakwa menawarkan khidmat memotong rambut, rawatan muka, urutan badan, ‘body to body’ dan khidmat seks kepada pelanggan.
Menurutnya, hasil risikan mendapati, kedai itu milik pengusaha tempatan yang menawarkan khidmat kepada semua golongan.
“Ops Ratu disertai kira-kira 30 anggota dari pegawai penguatkuasa Pejabat Agama, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Cawangan Penyiasatan Khas,” katanya.
Radzi berkata, hasil pemeriksaan mendapati, empat pekerja wanita termasuk tiga beragama Islam berada di dalam premis bersama dua pelanggan lelaki bukan beragama Islam berusia 30-an dan 60-an.
“Kita turut memberi amaran kepada mereka sekiranya didapati terlibat dalam kegiatan tidak bermoral tindakan undang-undang akan dikenakan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan berharap masyarakat dapat memberikan kerjasama kepada pihaknya bagi membanteras gejala tidak sihat itu.

No comments:

Post a Comment