Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 27 July 2013

Seorang Maut, Rakan Parah Diserang Sekumpulan Lelaki


Seorang lelaki mati dalam keadaan berlumuran darah, manakala rakannya parah apabila mereka diserang sekumpulan lelaki di padang permainan di Jalan Mata Ayer, Setapak, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Zakaria Pagan berkata, mereka dipercayai terlibat dalam pergaduhan pada jam 9 malam.
Menurutnya, S Prabakaran, 27, dipercayai lari sejauh 200 meter sebelum jatuh dan ditemui mati di dalam longkang.
Beliau berkata, rakan mangsa, S Visvanathan, 28, yang cedera di belakang dan kepala, sempat lari dan meminta bantuan daripada orang ramai.
“Mayat Prabakaran dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.

No comments:

Post a Comment