Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 27 July 2013

Noniswara Lebih Tenang Selepas Bercerai


Pelakon Noniswara berasa lega dan tenang apabila kes penceraiannya dengan Datuk Rosman Ridzwan akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai menerusi lafaz taklik pada 18 Julai lalu.
Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 44, berkata, dia kini mahu hidup berdikari dan memberikan tumpuan kepada tiga anaknya yang sedang membesar selain tumpuan kepada kerjaya lakonannya.
“Setahun saya naik turun mahkamah bagi menyelesaikan kes ini dan akhirnya saya mampu menarik nafas lega kerana semuanya telah selesai.
“Walaupun sedih mengenangkan pengakhiran rumah tangga kami tetapi saya berasa lebih tenang sekarang dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan anak-anak,” katanya.
Nonis membuat tuntutan cerai taklik pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tindakan itu dibuat selepas suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah adalah selari dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan pada hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.
Lafaz tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus berserta Noniswara dan juga peguamnya, Datuk Amly Embong tanpa wakil dari pihak lelaki.
Dalam pada itu, Nonis berkata, buat masa ini dia tidak terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya hanya mahu fokus kepada kerjaya dan anak-anak.
Jelas Nonis, dia mahu membina kehidupan baru tanpa mengharapkan sokongan daripada lelaki dan menganggap soal itu tidak penting.
“Bukan serik tetapi ia bukan fokus saya lagi kerana paling penting kerjaya dan anak-anak diutamakan,” katanya.
Pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

No comments:

Post a Comment