Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 25 July 2013

Anggota Polis, Suspek, Orang Awam Maut Dalam Nahas


“Sebaik dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari arah bertentangan, kereta dipandu rakan hilang kawalan menyebabkan keadaan cemas,” kata Safwan Misran, 30, seorang daripada mangsa kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di Kulaijaya, kelmarin.
Kemalangan jam 7.40 malam itu membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda polis, Proton Iswara dan bas awam.


Tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah anggota polis sukarelawan Mohd Amir Fairuz Mohd Sobri, 21, seorang suspek berusia 38 tahun dan warga Indonesia bertaraf penduduk tetap, Rosdi Tukio, 48, manakala lapan individu lain hanya cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda yang membawa empat anggota polis dan empat suspek hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah bas serta kereta Proton Iswara.

Safwan berkata, dia yang menaiki Proton Iswara bersama dua rakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Taman Universiti, ke rumah mereka di Kulaijaya.


No comments:

Post a Comment