Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 26 July 2013

Hadiah Ciuman Untuk Ibu Sebelum Maut Dalam Nahas


Ciuman pipi daripadanya anaknya sempena Hari Ibu, Ahad lalu, pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan buat seorang ibu. Ini berikutan anaknya itu akhirnya ditemui mati dalam longkang di Jalan Pokok Mangga, di Malim, pagi semalam.
G Navindran, 18, ditemui mati bersama rakannya, K Kamaraj, 23, seorang warga India oleh orang awam kira-kira 10 pagi, di dalam longkang berhampiran rumah kedai Taman Seri Mangga.
Berdasarkan fizikal, kedua-dua sahabat itu dipercayai terbabit kemalangan pada awal pagi apabila motosikal jenis Modenas Kriss milik ayah Navindran yang ditunggangi mereka terjunam ke longkang berkenaan.
Ibu Navindran, M Sarsavathy, 43, berkata, dia pada mulanya berasa hairan apabila anaknya tidak pulang rumah selepas keluar kira-kira 8 malam kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila diberitahu suami bahawa anak ketiga daripada enam beradik itu kemalangan, sebelum mengetahui anaknya telah meninggal dunia.
“Dia yang selalu keluar minum bersama rakan-rakan biasanya balik ke rumah pada awal pagi. Setiap kali saya keluar pergi kerja, dia sedang tidur.


“Tapi, pagi tadi (semalam) saya periksa bilik dia, dia tiada. Saya mula tertanya-tanya kenapa dia tidak balik lagi. Saya terkejut apabila suami telefon jam 11 pagi menyuruh saya ke hospital kerana anak saya kemalangan,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
Sarsavathy yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dekat Tenggara, di sini berkata, anaknya itu baru sahaja tamat mengikut latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Asahan, Jasin bagaimanapun sempat meraikan hari ibu, Ahad lalu.
Menurutnya, anaknya itu beriya-iya mahu meraikan Hari Ibu dan meminta bapanya, B Gunahsegaran, 51, membelikan makanan di sebuah restoran makanan segera untuk makan bersama-sama dengan adik-beradik.
“Dia sempat ‘hadiahkan’ ciuman kepada saya pada Ahad malam Isnin lalu.
“Dan semalam, semasa kami duduk bersembang, dia ada memberitahu mahu bekerja mengumpul wang untuk duit poket sendiri sebagai kelindan lori sementara menunggu untuk sambung belajar,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri mengesahkan kejadian.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments:

Post a Comment