Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 30 July 2013

Sedih! Kisah Hidup Mangsa HIV Yang Disisih Masyarakat


Dalam kemeriahan menyambut Ramadan, masih ada segelintir golongan disisihkan akibat beberapa faktor yang mungkin tidak diterima sesetengah pihak seperti penghidap HIV/ Aids.
Dihalau mentua selepas suami meninggal
Akibat HIV, seorang wanita bukan sahaja kehilangan suaminya yang meninggal dunai akibat penyakit itu, malah turut dihalau dari rumah keluarganya dan terpaksa menjadikan pondok sebagai kediamannya di Pasir Puteh.
Dia yang hanya dikenali Ani, 34, berkata, selepas kematian suaminya tujuh tahun lalu, keluarga mentua terus menghalaunya dan menuduh dia pembawa HIV kepada arwah suaminya.
Sedangkan, menurut arwah suaminya, dia mendapat penyakit itu selepas melanggan seorang pelacur di negara jiran selepas diperkenalkan abang iparnya.
“Mulanya arwah sakit kayap (herpes zoster). Bila buat pemeriksaan di hospital, doktor kata arwah ada HIV. “Di saat akhir hayatnya baru dia beritahu punca dia dapat penyakit itu akibat pelacur di negara jiran.
“Saya tertekan selepas diasingkan keluarga sendiri. Kini saya bersama anak bongsu berusia 11 tahun tinggal dalam pondok kecil yang dibina keluarga selepas kami berdua turut disahkan HIV positif,” katanya.
Difahamkan, anak sulung dan anak keduanya, masing-masing berusia 14 dan 12 tahun ditempatkan di rumah anak-anak yatim di Pasir Puteh.
Diejek dan dihina masyarakat setempat
Ani berkata, dia reda terpaksa berpisah dengan dua anaknya untuk mengelakkan mereka menerima penghinaan akibat mempunyai ahli keluarga penghidap HIV.
“Saya terpaksa terima kenyataan ini dan sanggup buat kerja dan beli barang dapur di kawasan yang lebih jauh untuk  mengelak cemuhan penduduk setempat.
“Anak bongsu saya yang masih bersekolah juga terpaksa menerima ejekan yang sama. Di sekolah, dia diejek dan dipulaukan. Tetapi dia tetap nak ke sekolah sebab dia memang minat belajar,” katanya.
Tak tahu suami ambil dadah
Seorang lagi penghidap HIV, Su,38, dari Bachok berkata, dia hanya mengetahui suaminya menghidap HIV selepas mengalami sakit usus yang teruk. Pemeriksaan awal di hospital tidak dapat mengesan penyakit suaminya sehingga berbulan-bulan lamanya sehingga dia meninggal dunia pada 2007.


“Suami seorang nelayan, saya tak tahu dia ambil dadah hingga dia sakit dan bila dah nazak baru doktor beritahu punca penyakitnya.
“Saya pasrah tetapi bersyukur kerana anak-anak bebas dari penyakit ini. Hanya saya yang dijangkiti daripada suami,” katanya yang mempunyai tujuh anak berusia di antara tujuh hingga 22 tahun.
Kemiskinan membelenggu kehidupan keluarga
“Upah bekerja harian tidak cukup untuk menanggung anak-anak, walaupun kami dapat RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Apa lagi bila Ramadan menjelma, kami tak mampu makan sedap seperti orang lain. Kami sering berkongsi sebiji kurma untuk tiga orang sebab tak mampu beli banyak. Nak makan ayam pun mungkin tiga empat bulan sekali baru boleh beli,” katanya yang turut mengalami masalah penglihatan akibat dirempuh kerbau pada 1996.

No comments:

Post a Comment