Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 27 July 2013

Lima Terbunuh Dalam Nahas Land Cruiser Di Sri Aman


Lima termasuk tiga beradik mati tersepit dalam pacuan empat roda dinaiki mereka apabila kenderaan itu bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 71.5, Jalan Kuching-Sri Aman, berhampiran simpang Jaong, di Sri Aman, petang semalam.
Kejadian berlaku jam 4.15 petang itu menyebabkan anggota bomba mengambil masa setengah jam bagi mengeluarkan mayat kelima-lima mangsa yang tersepit di tempat duduk depan dan belakang.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Mohamad berkata, kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda dinaiki tiga beradik termasuk seorang rakan dan pekerja mereka memasuki laluan bertentangan selepas terbabas dipercayai akibat jalan licin.
Menurutnya, ketika kejadian kelima-lima mangsa dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Sibu, manakala lori terbabit dari Sri Aman ke Kuching.
Beliau berkata, setakat ini hanya identiti tiga mangsa yang dikenal pasti dan mereka ialah Chiew Siong Hock, 40-an, Chiew Siong Kai, 30-an serta Wong Siew Yeong, 30-an.
“Tiga beradik terbabit bersama dua lagi penumpang maut di tempat kejadian akibat parah di kepala serta anggota badan.
“Kami mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat dari Balai Sri Aman dan Serian bagi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya.
Mat Jusoh berkata, siasatan mendapati, pacuan empat roda dinaiki mangsa terbabas ketika menghampiri tempat kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan.
Beliau berkata, secara kebetulan, terdapat sebuah lori dari arah bertentangan dan pemandunya gagal mengelak lalu bertembung dengan pacuan empat roda terbabit.
“Rempuhan itu menyebabkan lori tanpa muatan terbabas ke dalam parit di tepi jalan, manakala pacuan empat roda terbabas ke sebelah kanan.
“Pemandu lori yang belum diketahui identiti terselamat dan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, polis meminta orang ramai menyaksikan kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengenai kemalangan itu.

No comments:

Post a Comment