Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 27 July 2013

Pemborong Sayur Mati Terkejut Tengok Gerai Terbakar


Seorang pemborong sayur meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas terkejut melihat gerai sayur miliknya di Pasar Borong Kangar terbakar pagi semalam.
Kamaruddin Bahari, 72, (gambar kecil) sebelum itu, mengadu sakit dada sebaik gerai sayurnya musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu.
Abang mangsa, Kafeli Bahari berkata, selepas tidak tahan dengan kesakitan dialaminya, Kamaruddin beredar pulang dan tidak lama selepas itu dia rebah ketika menunaikan solat Subuh di rumahnya di Kampung Sanglang.
Ujarnya, mangsa yang ketika itu tenat terus dibawa oleh anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, sejam selepas dirawat, Kamaruddin meninggal dunia di HTF akibat serangan jantung,” katanya.
Kafeli yang juga merupakan Setiausaha Pasar Borong itu berkata, abangnya terlalu sedih kerana gerai dan stor sayur miliknya yang diusahakan sejak 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran itu.

No comments:

Post a Comment