Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 24 July 2013

6 Terkorban Dalam Nahas Ngeri Di Mukah


“Saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila kereta itu tiba-tiba melintang di depan saya,” kata Ali Mamat, 59, pemandu Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan enam orang termasuk lima sekeluarga di Kilometer 113 Jalan Sibu-Bintulu, semalam. 

Ali yang juga seorang pesara polis bantuan berasal dari Dalat itu berkata ketika kejadian dia dan isterinya, Napsiah Hasan, 61, serta seorang cucu lelaki berusia tiga tahun memulakan perjalanan dari Bekenu, Miri, pada jam 4.20 pagi ke Kuching. 


Ali berkata, perlanggaran itu menyebabkan isterinya cedera parah dan cucu yang berada di pangkuannya patah kaki kanan. 

“Bagaimanapun isteri saya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik kesihatan berdekatan manakala cucu saya dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut,” katanya.

No comments:

Post a Comment