Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 24 July 2013

Makan Malam Berdarah, Tiga Maut Diserang Perompak



Makan malam empat sekeluarga bertukar tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah selepas ditikam bertalu-talu di dada oleh tiga perompak di sebuah rumah di Jalan Chew Khun, Engkilo malam kelmarin.
Menyedihkan apabila mayat ketiga-tiga mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran meja makan di ruang dapur rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam.
Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an dan 40-an yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan.
Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki terbabit menyebabkan mereka ‘naik angin’ dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah terbabit.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Tiong Tang Ming, 69, anak lelakinya, Tiong King, 35, serta menantu, Teu Lee Mee, 32, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, parah dan dikejarkan ke Hospital Sibu (HS).

No comments:

Post a Comment