Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 24 July 2013

Wow…Nenek 80 Tahun Sertai Aktiviti Payung Terjun!!



Menjadi kebiasaan jika kita melihat golongan muda cuba mencabar adrenalin mereka dengan menyertai sukan payung terjun.
Namun, pastinya kita akan terkejut jika sukan itu disertai oleh wanita yang sudah mencecah usia 80-an.
Dua orang nenek nekad melakukan aksi payung terjun demi mengumpul dana kebajikan sosial.
Dana tersebut adalah untuk membeli barangan dapur bagi membantu warga emas yang tidak berkemampuan di barat laut Ohio.
Agensi berita AP melaporkan, Marjorie Bryan, 83, dan Marianna Sherman, 82, telah diterjunkan dari pesawat ringan di Lapangan Terbang Allen County Lima, Ohio.
Kedua-dua nenek tersebut telah melakukan aksi payung terjun itu dengan dibantu oleh seorang pesara tentera, Sgt. 1st Class Michael Elliot yang juga pernah melakukan lompatan payung terjun bersama mantan Presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush.
Aksi payung terjun itu dilakukan adalah untuk mengumpul dana bagi anggota ‘Blue Star of America’, iaitu sebuah badan amal yang dianggotai ibu-ibu yang anak mereka sedang bertugas sebagai anggota tentera.
Bryan yang berani melakukan aksi itu menunjukkan minatnya apabila dia mempelawa untuk menemani Bush melakukan aksi itu sewaktu sambutan ulang tahun kelahiran Bush yang ke-90.

No comments:

Post a Comment