Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday 2 August 2013

Lima Maut Selepas Pulang Beli Baju Raya


Hajat enam sekawan untuk beraya tidak kesampaian apabila lima daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ke arah Johor Bahru berhampiran Senai, di Kulaijaya hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, kenderaan yang dinaiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok serta tiang lampu di tengah pembahagi jalan.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa dipercayai baru sahaja pulang daripada membeli-belah persiapan raya di Pandan, di sini, berdasarkan beberapa bungkusan plastik mengandungi pakaian baharu ditemui di lokasi kejadian.
“Mereka yang maut adalah pemandu dan empat penumpang lain, manakala seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kulaijaya untuk mendapatkan rawatan.
“Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zulkefly, mangsa yang maut ialah pemandu, Mohd. Fadzli Mohd. Fakri, 20 dan empat penumpang iaitu Hairul Adham Hamidan, 26; Nazierul Khalies Mohd. Ashari, 19 serta Nor’ain Alias, 23; manakala maklumat mengenai seorang lagi mangsa belum diperoleh.
Katanya, mangsaa yang cedera parah ialah Nor Syarifah Hazwani Bardaidi, 21.

No comments:

Post a Comment