Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 28 August 2013

Pistol Percuma ‘Insentif’ Seludup Dadah


Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia.
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus.
Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt.
“Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu.

No comments:

Post a Comment