Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 28 August 2013

Tukang Urut Cedera Ditikam Peragut


Seorang tukang urut bukan sahaja terpaksa menerima lima jahitan di rusuk kanan, malah nyaris maut selepas ditikam seorang penjenayah ketika cuba mempertahankan beg tangannya daripada dilarikan dalam kejadian berhampiran Jalan Sinar Jaya dekat Kuala Krai kelmarin.
Kejadian pukul 8.10 malam itu berlaku selepas ibu tunggal anak lima, Wan Nurul Aini Mamat, 52, keluar dari sebuah bank dekat sini sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau.
Mengimbau semula kejadian itu, sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia itu memberitahu, dia singgah di bank tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Guchil Empat sebaik selesai mengurut pelanggan.
Jarak antara rumahnya dengan bank tersebut kira-kira lima kilometer.
Katanya, dia singgah di bank itu untuk memeriksa sama ada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diterimanya setiap bulan sudah dimasukkan atau belum.
“Ketika masuk, saya perasan ada sebuah kereta bercermin gelap berhampiran bank namun saya tidak mengendahkannya kerana menyangka mereka ada urusan lain.

No comments:

Post a Comment