Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 28 August 2013

Pekerja Berbogel Untuk Hasilkan Prestasi Kerja Lebih Baik


dengan prestasi lebih baik jika berada dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Pekerja-pekerja lelaki dan wanita di sebuah syarikat pemasaran dan reka bentuk itu menanggalkan pakaian dengan galakan bos mereka yang menganggap tindakan tersebut mampu meningkatkan prestasi perniagaan syarikat.
Sebelum ini syarikat itu mengalami masalah sehingga enam pekerja terpaksa diberhentikan kerana krisis kewangan yang melanda Britain.
Seorang pakar psikologi bisnes, David Taylor diminta oleh pihak pengurusan syarikat untuk membantu meningkatkan prestasi pekerja.
Taylor memberitahu pekerja-pekerja itu bahawa idea berbogel selama seminggu mampu meningkatkan semangat bekerja dalam satu pasukan.
Idea itu dianggap berjaya kerana ia mampu menyebabkan syarikat memperoleh keuntungan.
Seorang pengurus wanita yang berbogel, Sam Jackson berkata: “Ia merupakan idea yang bijak. Kami dapat melihat tubuh rakan-rakan dalam keadaan bogel.
“Kami tidak berasa tertekan. Jika kami mahu datang ke pejabat dengan memakai pakaian atau seluar dalam, kami boleh melakukannya. Namun, saya menyukai tubuh saya dan tidak berasa malu.”
Menurutnya, pekerja-pekerja bercakap dengan lebih jujur manakala prestasi syarikat meningkat ketika mereka bekerja dalam keadaan bogel.

No comments:

Post a Comment