Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 28 August 2013

Rahsia Kekebalan Pengganas Sulu Terbongkar



Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak Menghalang kumpulan pengganas dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal. 

Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata. 

Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan pengganas akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka. Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat pengganas yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang me mbersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia. 

Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam. Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan pengganas. Segelintir pengganas yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak. 

Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment