Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday 27 August 2013

Anggota FRU Dituduh Rompak Barang Kemas RM40,000


Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini dituduh melakukan rompakan berkumpulan melibatkan barang kemas bernilai RM40,000.
Tertuduh, Mohamad Firdaus Azmi, 22, yang bertugas di Johor Bahru sebagai anggota FRU, dituduh bersama tiga yang lain yang masih bebas kerana melakukan rompakan berkumpulan ke atas Siti Asa Ab Azizi pada 9 Mei lalu.
Dia yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen 4 Sungai Petani hari ini, didakwa melakukan rompakan lebih kurang jam 11 pagi di Kampung Banggol Lahar, Kupang, Baling.
Firdaus didakwa di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan, pula dia dituduh cuba melakukan rompakan bersenjata yang menyebabkan cedera parah atau cuba menyebabkan kematian ke atas mana-mana orang, maka tertuduh boleh dikenakan sebat selain apa-apa seksaan yang boleh dikenakan.
Hakim Norsalha Datuk Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hasnurliza Mohd Radzi.

No comments:

Post a Comment