Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 21 August 2013

Pengemis Campak Bayi Ke Laut Elak Dicekup Pihak Berkuasa


Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo.
Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.
Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.
Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.
Operasi yang diketuai oleh Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim selama dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.

No comments:

Post a Comment