Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 9 September 2013

Shila Amzah Dikecam Kerana Sebijik Burger McDonalds!





Penyanyi yang sedang namanya meningkat naik di persada antarabangsa, Shila Amzah teruk dihentam di laman Facebooknya gara-gara telah memuatnaik gambar sedang memegang bungkusan burger McDonalds (McD).
Walaupun gambarnya itu tidak menunjukkan sama ada dia makan atau tidak, tetapi dengan memuatnaik foto itu ia telah mengundang marah terutamanya dari kalangan peminatnya. Apa yang membuatkan mereka marah adalah kerana baru-baru ini, Shila baru sahaja membuat persembahan amal untuk Palestin.
Tetapi melalui gambar itu, peminat mengatakan tindakan Shila menyokong McDonalds adalah seperti bersekongkol dengan pihak Yahudi dalam menindas rakyat Palestin. Kasihan Shila sampai begitu sekali orang menuduhnya.
Di dalam hal ini, tidak ada bukti yang mendakwa McDonalds Malaysia menyumbang kepada pendapatan pihak Yahudi. Jadi, makan atau tidak ia terpulang kepada hak individu. Tetapi biasalah, jika ia melibatkan artis pastilah akan dicanang seluruh dunia!
Namun, tak apalah peminat sekadar mahu menegur. Harap selepas ini Shila akan lebih berhati-hati. Berikut adalah diantara komen-komen yang ada di Facebook milik Shilla.




No comments:

Post a Comment