Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday 29 September 2013

Nad Zainal Kembali Tumpu Pada Bidang Teater


Pelakon Nad Zainal berhasrat untuk berehat seketika daripada lakonan komersial bagi menumpukan perhatian kepada pentas teater yang telah ditinggalkan selama setahun.
Nad atau nama sebenarnya Nadia Zainal berkata, dia mengambil keputusan itu kerana ingin mengasah kembali bakatnya dalam bidang itu selain mengubat rindu untuk beraksi di pentas tersebut.
“Saya bermula dengan teater dan selepas memberikan tumpuan kepada lakonan komersial sudah tiba masanya saya kembali mengasah bakat dalam bidang tersebut yang telah lama ditinggalkan,” katanya.
Nad muncul dengan teater terbaharunya arahan Muhammad Azhar Zainal berjudul Maduku Kalut yang dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 27 September hingga 30 September ini.
Turut terlibat dalam teater tersebut adalah Izzue Islam, Jihan Musa, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally.
Dalam perkembangan sama, Nad berkata, dia mahu kembali berlakon di pentas teater kerana ia memberi kepuasan kepada dirinya sebagai seorang pelakon.
Pun begitu kata Nad, itu tidak bererti dia akan meninggalkan terus dunia lakonan komersial sebaliknya ingin memberi tumpuan seketika kepada bidang teater yang mula menaikkan namanya dalam industri.
“Saya masih mahu berlakon untuk televisyen dan mahu memberikan tumpuan pula kepada teater yang telah memperkenalkan saya sebagai seorang pelakon,” katanya.
Dalam pada itu, Nad mengakui berasa gementar dan kekok berlakon dalam Maduku Kalut selepas setahun tidak terlibat dalam sebarang pementasan teater.
“Barangkali sudah lama tinggalkan bidang itu perasaan kekok dan gementar itu ada bagaimanapun nasib baik ada rakan-rakan yang banyak membantu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nad berkata, selain Maduku Kalut, dia bakal muncul dalam sebuah lagi teater Mak Yong selain program Liga Lawak Superstar yang akan bermula pada Oktober depan.

No comments:

Post a Comment