Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday 28 September 2013

Harimau Baham 10 Ekor Kambing Berjaya Ditangkap


Seekor harimau dahan yang membaham 10 kambing milik peneroka dalam tempoh dua hari berturut-turut sejak Selasa lalu berjaya diperangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, semalam.
Haiwan liar itu memasuki perangkap dipasang kira-kira jam 8 pagi selepas PERHILITAN menjadikan dua bangkai kambing yang dibaham sebagai umpan.


Pemilik kambing itu, Mat Zain Deraman, 53, berkata dia lega selepas harimau berkenaan ditangkap sebelum dia kerugian lebih besar.
Katanya, dalam kejadian dua hari itu, dia kerugian RM10,000 dan bimbang baki lima kambing lagi turut menjadi sasaran haiwan itu.
“Saya lega kerana harimau itu berjaya ditangkap awal kerana jika tidak habis semua kambing ternakan dibaham.

No comments:

Post a Comment