Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 26 September 2013

‘Takziah’ Jadi ‘Tahniah’, Astro Awani Mohon Maaf


Hari ini negara kita dikejutkan dengan pemergian bekas menteri Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), jam 11.15 pagi tadi.
Pelbagai pihak memberikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan perkara ini turut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan medianya.
Namun apa yang mencuri perhatian ialah apabila syarikat penyiaran Astro Awani telah melakukan kesilapan apabila menulis ucapan takziah sebagai tahniah di slidernya.
Walau bagaimanapun, selepas menyedari kesilapan teknikal tersebut, Astro Awani terus membuat permohonan maaf menerusi siaran beritanya selepas itu.
Kesilapan ejaan sebegini amatlah ditakuti oleh syarikat penyiaran kerana ianya boleh menimbulkan permasalahan seperti mana yang berlaku di RTM, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment