Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 26 September 2013

Audi Q5 Hangus Terbakar Dibaling Bom Petrol


Sebuah kenderaan mewah SUV Audi Q5 milik seorang usahawan IT musnah terbakar selepas dipercayai dibaling dengan ‘molotov cocktail’ atau bom petrol di Taman Equine, Seri Kembangan petang ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika pemiliknya sedang menjalankan tugas di pejabat.


Sumber memaklumkan, kejadian tersebut berkemungkinan bermotifkan khianat malah ada saksi melihat dua orang lelaki yang menaiki motosikal melempar botol ke arah kenderaan tersebut.
Bom petrol berkenaan terkena pada bahagian belakang kenderaan tersebut dan menyebabkan beberapa letupan berlaku.


Menurut saksi, kebakaran itu berlaku selama kira-kira 15 minit.
Pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian tidak lama selepas itu berjaya mengawal kebakaran daripada merebak.
Sementara itu, mangsa Ismahar Ismail yang ditemui nyata terkejut dengan apa yang berlaku.


“Ini sahajalah yang tinggal,” katanya sambil menunjukkan logo Audi yang hangus terbakar.
Ismahar berkata, kenderaan berkenaan yang berharga kira-kira RM350,000 itu hanya berusia setahun.
Beliau juga menegaskan tidak mempunyai sebarang musuh dan tidak faham mengapa perkara itu boleh berlaku ke atas dirinya.
“Saya tidak mempunyai musuh,” katanya yang akan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.


No comments:

Post a Comment