Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 9 September 2013

Tokek paling besar di dunia & malaysia??


Setelah mengkaji di internet,rupanya di sabah dan borneo ni ada banyak tokek yang besar-besar.Lihat gambar tokek terbesar diatas ni.Tokek tersebut di jumpai oleh seorang remaja yang tinggal di kawasan Tawau,sabah dan menjualnya kepada penduduk Indonesia dengan harga RM1 juta sekilo.Kalau 64kg sudah berapa..kaya gila budak ni. Mungkin ada banyak lagi tokek yang lebih besar dari ni tapi dirashiakan atau belum dijumpai lagi.

Korang ingat bela cicak Tokek ni takde pantang larang? Amek ko:

1. Jangan gunakan sangkar yang diperbuat dari besi atau kaca (aquarium). Tokek lebih suka hidup didalam sangkar kayu atau buluh, sebab paling dekat dengan alam semulajadinya. Tokek akan lebih cepat sesuaikan dirinya, dan tidak stress.

2. Jangan gunakan sangkar yang terlalu besar, tokek akan cepat stress. Cukuplah hanya sekadar sedikit ruang untuk tokek bermain, masukkan buluh kedalam sangkarnya untuk tempat dia bersembunyi apabila rasa terancam oleh bunyi bising atau orang ramai.

3. Tokek adalah binatang yang sangat bersih dan tidak suka sangkarnya kotor. Ia akan membuang najis di tempat yang sama setiap hari.

4. Jauhkan sangkarnya dari tempat yang terlalu terang, sebaiknya tutup sangkarnya dengan jarring hitam seperti yang selalu digunakan di nursery (kedai pokok bunga).

5. Jauhkan dari tempat yang selalu berasap.

6. Jauhkan dari bunyi bising anak-anak jika anda membelanya di kediaman anda.

7. Cahaya terang, asap, bunyi orang bercakap atau menjerit, bunyi radio, akan membuat tokek belaan anda stress dan akan melambatkan penambahan berat dan pembesarannya walaupun pemakanannya terjaga.

8. Jangan sesekali berbincang tentang harga tokek dihadapannya, kerana ia akan bunuh diri atau mati maka anda akan kerugian besar. Bunyinya macam pelik tetapi percayalah kerana telah terbukti oleh banyak kes yang telah berlaku, bukan sahaja di Malaysia tetapi di Negara-negara lain juga.

Harga cicak tokek

P/S:“Naik juling aku tengok harga tokek ni. Mengalahkan harga tenggiling peliharaan aku…”haha…


1 comment:

  1. dah banyak dengar citer si Tokek ni...dan citer yg dah kaya raya...emmh entah ia entah citer mat jenin...

    ReplyDelete