Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday 9 September 2013

Wanita Menyamar Jadi Hantu Elak Bayar Tol!


Bayar tol mungkin sesuatu yang membebankan, tetapi wanita muda dari negara China ini berjaya mengelakkan diri daripada membayar tol dengan berpura-pura menyamar menjadi hantu dan menakut-nakutkan penjaga tol sehingga lari lintang pukang.
Aksi wanita ini berjaya dirakamkan sebuah CCTV dan tersebar di internet sehingga mencecah lebih empat juta tontonan di laman web mikro-blog Sina Weibo sejak ia dimuat naik pada 17 Januari lalu.
Video ini menunjukkan sebuah kereta kosong menghampiri plaza tol.
Sebaik mendapati tempat duduk pemandu kosong, penjaga tol yang kehairanan bertindak keluar daripada kaunter untuk memeriksa kenderaan berkenaan.
Tiba-tiba seorang wanita dengan rambut panjang menutupi seluruh muka dan kelihatan seperti hantu tiba-tiba memanjat bumbung kereta dari arah belakang – adegan mengerikan ini mirip seperti filem hantu terkenal ~ The Ring.
Lelaki itu kemudian terjatuh dan terus lari lintang pukang selepas terkejut apabila melihat hantu wanita.
Setelah lelaki itu hilang, wanita itu kemudiannya masuk ke dalam kaunter tol untuk mengangkat penghalang laluan sebelum menggunakan sejenis alat kawalan untuk memandu keretanya ke hadapan sebelum masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.
Dipercayai alat kawalan yang sama juga digunakan ketika helah aksi kereta bergerak kosong tanpa pemandu digunakan pada awalnya.
Bagaimanapun ramai rakyat China percaya bahawa video ini sebenarnya adalah satu plot pemasaran oleh pereka Cina BYD, dalam usaha untuk mempromosikan sebuah kereta mereka yang dilengkapi dengan ‘Remote Driving Control Teknologi’.

No comments:

Post a Comment